Kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri.
Ini bukan kenyataan UMNO Barisan Nasional sebaliknya disuarakan sendiri oleh Perwakilan DAP A. Krishnan.
"Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang."
Teringat kata-kata bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungei Pelek, Tan Tuan Tat sejak beberapa tahun dahulu. Katanya DAP semakin hari sudah terkeluar daripada landasan sebenar.
Parti itu hari ini hanyalah memperjuangkan pemimpin tertinggi sahaja dan beliau dengan lantang menggelarkan DAP sebagai sebuah parti dinasti Lim.
Parti sebeginikah yang hendak dijadikan pilihan?
No comments:
Post a Comment