Tuesday, November 22, 2016

Rakyat suka #MyBas


Masyarakat cukup gembira apabila janji yang dilafazkan Barisan Nasional (BN) ditepati dan memberi manfaat kepada rakyat.


Antara isu yang dekat dengan rakyat ialah mengenai pengangkutan awam.


Perkhidmatan MyBas umpamanya, benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Di Ipoh, terdapat permintaan untuk ditambah lagi perkhidmatan MyBas Ipoh terutamanya di kawasan yang memiliki kepadatan penduduk seperti Manjoi.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi saksi apabila ADUN Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin bangun menyentuh tentang pengangkutan awam.


Pertanyaan itu kemudiannya dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dengan mengatakan bahawa pihak Suruhanjaya Pengangkutan

Awam Darat (SPAD) akan menilai keberkesanan rangkaian yang sedia ada.

Untuk makluman pembaca, SPAD akan mengkaji data yang dikumpul dalam tempoh enam bulan bagi melihat keberkesanan perkhidmatan ini.

Sudah tentu SPAD tiada masalah untuk menambah laluan asalkan laluan tersebut menjanjikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 75% daripada penduduk di kawasan yang ditetapkan.

Antara aspek penekanan untuk perkhidmatan MyBas ini ialah :


  • Mempunyai akses dengan perkhidmatan bas lain
  • Liputan perkhidmatan
  • Waktu operasi
  • Bilangan bas dan ketepatan waktu


Syukur...

Kewujudan SPAD dalam usaha membangun dan menambahbaik sistem pengangkutan awam darat benar-benar menepati kehendak masyarakat.

No comments:

Post a Comment