AdSense
Tuesday, November 22, 2016
#Bersih5 sarat dengan agenda politik
Sahabat di Pulau Pinang mengatakan bahawa masalah banjir di negeri itu bukanlah perkara biasa.
Lebih mengejutkan, banjir yang berlaku di Pulau Mutiara itu bukanlah disebabkan kekerapan hujan semata-mata sebaliknya berpunca daripada masalah perparitan / longkang dan seumpamanya.
Mungkin ia bukan isu rakyat yang wajar diberi perhatian serius oleh pentadbiran kerajaan negeri DAP. Mungkin juga Ketua Menterinya yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP sedang sibuk berdepan dengan isu rasuah ketika ini.
Sedang penyokong dan pemimpin DAP berpusu-pusu ke Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan Baju Kuning Bersih 5, isu rakyat terus diabaikan.
Sampaikan hari ini Ahli Parlimen Pembangkang pakat beramai-ramai keluar daripada bangunan Parlimen semata-mata mahu bersolidariti untuk Pengerusi dan Aktivis Bersih, Maria Chin yang ditahan dan disiasat di bawah SOSMA.
Tindakan Ahli Parlimen Pembangkang ini secara terang-terangan menghina rakyat yang memberi mandat kepada mereka pada pilihanraya lalu.
Benar, pembangkang dan demonstrasi jalanan tidak boleh dipisahkan. Kononnya membawa suara rakyat tetapi hakikatnya penuh dengan agenda politik demi kepentingan peribadi.
Kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, NGO Bersih 5 tidak jelas dalam perjuangan mereka melainkan mempunyai motif politik.
Rakyat sendiri dapat menilai sendiri perhimpunan Bersih 5 pada 19 November baru-baru ini sebagai acara yang tidak mendapat sambutan.
Penyertaan pesertanya semakin berkurang berbanding pengajuran Bersih sebelum ini.
Sejarah tercipta bermula 19 November 2016 apabila pembangkang bukan sahaja kalah dalam pilihanraya tetapi juga tewas dalam mendapatkan sokongan rakyat menerusi demonstrasi jalanraya!
Biarlah pemimpin pembangkang menyusun strategi kotor bagi menumbangkan kerajaan. Barisan Nasional (BN) kekal dengan usaha membela nasib rakyat seperti mana mandat yang diberikan oleh pengundi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment