Thursday, October 13, 2016

Video viral SPRM belasah polis TIDAK BENAR


Inilah masalahnya pengguna media sosial yang suka sangat menyebar sesuatu perkata tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.

Kononnya video yang diviralkan itu kejadian melibatkan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sedang membelasah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditangkap.

Apalah tujuan mereka menyebarkan fitnah sebegini?

PDRM dalam kenyataan medianya mengatakan,

"Semakan mengesahkan pemuda yang dibelasah tersebut adalah orang awam yang menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam satu kes curi motosikal di Kuantan, Pahang pada bulan September 2016.

"Beliau ditangkap orang awam pada 5 Oktober 2016 dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis."

Terdahulu pihak SPRM turut menafikan anggotanya terlibat di dalam klip video berkenaan.

*Gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment