Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini tampil membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Sabah terhadap lima orang individu di antaranya pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman dan penyokong pembangkang Asiah Abd Jalil berikutan tuduhan fitnah jahat yang telah dimuat naik dalam Facebook milik mereka yang mengaitkan kononnya Pengarah salah satu agensi kerajaan di Sabah yang ditahan berkaitan isu rasuah adalah sebagai Bendahari Umno Kimanis. Penafian rasmi telah dibuat oleh Umno Kimanis sebelum ini bahawa Bendahari Umno Kimanis yang sebenar dan berdaftar adalah Datuk Ramond Godfery @ Rizal Abdullah. Walau bagaimanapun Datuk Hamidah Osman telah membuat permohonan maaf atas kesilapan fitnah tersebut dan telah memadam status fitnah tersebut dalam Facebook milik Hamidah.
Tuduhan lain yang turut disifatkan turut berniat jahat adalah kononnya wang tangkapan bernilai ratusan juta ringgit berserta barangan lainnya oleh pihak SPRM sebelum ini digunakan untuk membiayai Umno. Tuduhan ini sangat tidak masuk akal dan tidak boleh diterima . Harus diingat peruntukan infrastruktur air kepada Jabatan Air sebelum ini adalah datangnya dari KKLW secara terus dan tanpa melalui pengetahuan Kerajaan Negeri Sabah. Perkara ini telah disahkan sendiri sebelum ini oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Air Sabah tersebut. Kebiasaannya setiap peruntukan yang datang terus dari mana mana kementerian persekutuan adalah di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Bendahari Persekutuan dan ianya langsung tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Sabah. Juteru tuduhan yang mengaitkan Umno dengan perkara ini disifatkan sebagai sungguh keterlaluan. Tidak ada satu pun bukti dokumentasi yang mereka miliki bagi menyokong untuk mengaitkan Umno dengan semua ini. Jelas tujuan mereka adalah cuba membina presepsi buruk di kalangan rakyat Malaysia untuk membenci Umno. Sepatutnya SPRM dibiarkan secara bebas menyiasat sehingga kes ini selesai dan Mahkamah adalah satu satunya institusi yang boleh digunakan sebagai medan untuk merungkai kes ini.
Justeru Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia mendesak dan meminta agar pihak Polis,SKMM dan Jabatan Peguam Negara mendakwa kesemua individu individu ini di Mahkamah bawah Akta Fitnah dan Akta SKMM kerana fitnah liar yang dilakukan oleh individu individu ini jelas tidak boleh diterima dan telah menjejaskan nama baik Umno secara keseluruhannya.
DATUK ZULKARNAIN MAHDAR
PENGERUSI GAUM
No comments:
Post a Comment