Selama pengalaman penulis, setiap kali isu besar di mahkamah, pihak berkuasa disitu akan mengetatkan kawalan mereka bukan sahaja dipintu masuk tetapi juga di persekitaran mahkamah.
Wartawan dan pengamal media yang memiliki kad perakuan media juga disaring dan perlu beratur panjang. Jika hari biasa, tidak mengapa. Tetapi bila hari perbicaraan kes besar seperti melibatkan pesalah liwat Anwar Ibrahim ini, pengamal media akan disaring bagi memastikan ada ruang. Hanya dua atau seorang wakil daripada setiap agensi. Jika bagi lebih, lain-lain wartawan tidak akan dapat memasuki bilik perbicaraan. Sudah tentu, wujud ketidakadilan.
Sekarang kita bercakap soal kapasiti, kenapa perlu melenting? Susah sangatkah pemimpin DAP ini untuk menurut perintah prosedur?
"Saya bekas ADUN, lu jangan salah guna kuasa. Ini mahkamah bukan BAPAK lu punya." Ini kata-kata yang dipetik oleh Ronnie Liu kepada anggota keselamatan di Istana Kehakiman tadi.
Siapa yang cuba salahguna kuasa? Status BEKAS ADUN pun hendak disalahgunakan...
Inilah wajar sebenar pemimpin pembangkang yang cukup didambakan masyarakat? Bagi penulis, ia tidak ubah seperti lagak seorang samseng!
No comments:
Post a Comment