AdSense
Wednesday, October 12, 2016
Pejuang pembangkang Zaharin SAH isi borang DAP?
Ada macam-macam cara hendak popular...
Dato Vida mula popular setelah menggunakan strategi pemasaran yang memualkan... Ramai masyarakat pada mulanya menyampah dengan 'trademark' syarikatnya. Namun, beliau berjaya mencipta pengikut yang ramai dan jualannya laris! Perlu diingatkan bahawa beliau tidak pernah menyerang rakan-rakan seangkatannya. Mana-mana produk syarikat lain tidak sesekali dikeji dan dimaki. Jika ada pun, barangkali ia sekadar berlegar di dalam 'rumah', tidak secara terbuka.
Itu strategi pemasaran yang dibuat, mencari 'haters' tanpa mengeji orang lain.
Dalam politik, ada yang cuba menggunakan senjata sama. Mencari haters untuk meraih populariti. Tetapi kesilapan yang paling besar dibuat ialah dengan cara menyerang pasukan sendiri. Tidak kisahlah siapa, samada pemain, pengurus ataupun kerani pasukan. Sekiranya mengaku berada di dalam pasukan yang sama, kenapa perlu menyerang sesama sendiri secara terbuka apatah lagi individu yang diserang itu pemimpin tertinggi?
Cita-cita untuk meraih haters itu sudah tentu berjaya. Namun senjata yang diledakkan itu tidak membawa apa-apa kebaikan buat pasukan. Sebesar kuman pun tidak ada!
Ini yang sedang dilakukan seorang warga emas yang dikatakan memiliki 'kabel' kuat di PWTC - tempat terletaknya pejabat parti keramat UMNO.
Zaharin, seorang warga emas yang mengiktiraf diri sendiri sebagai 'pengkritik sosial dan politik' dilihat banyak membuat kerja-kerja parti DAP. Jarang sekali melihat beliau mengkritik DAP sebaliknya parti UMNO dan Barisan Nasional pula yang menjadi sasaran utama.
Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut diserang. Benar status terhadap Najib dan Rosmah dibuat seakan-akan satu pertanyaan. Tetapi dalam masa sama ia mengundang persepsi berniat jahat. Apa tujuannya? Apakah ia memberi manfaat kepada parti? Tidak.
Pelik, punya banyak isu yang pada ketika ini sedang dihadapi parti pembangkang. Sebagai seorang pengkritik sosial dan politik yang berasal dari Negeri Sembilan dan hidup di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Selangor, beliau pastinya lebih arif tentang permasalahan yang dihadapi parti pembangkang. Kenapa tidak didendangkan?
Barangkali beliau tiada tahu yang ketika ini ada krisis air di Selangor, skandal DEIG, Tanah Paya Indah Wetland, Banglo murah dari harga pasaran di Pulau Pinang dan macam-macam lagi yang boleh dikritik.
Sebab itu penulis merasakan bahawa tindakan Zaharin sejak kebelakangan ini tidak ubah seperti pemimpin pembangkang. Zaharin yang pernah bertemu 4 mata dengan pejuang LGBT, pluralisma seperti Sti Kasim wajar mengisi borang menyertai DAP. Ia lebih sesuai dengan cara hidup liberal beliau.
Ia juga dapat memberi kesedaran buat para menteri dan pemimpin UMNO / BN agar tidak menggunakan khidmat Zaharin bagi melakukan kerja-kerja parti pembangkang - merosakkan parti.
#SalamBalikTiang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment