AdSense

Friday, October 21, 2016

Pelabuhan Melaka Gateway sebagai hub perdagangan hebat tidak lama lagi


Dengan modal pelaburan sebanyak RM8 bilion, Pelabuhan Melaka Gateway dijangka dapat memenuhi aktiviti ekonomi Asia Tenggara apabila siap sepenuhnya pada tahun 2019. Aktiviti ekonomi itu dianggarkan bernilai RM500 bilion.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut membayangkan pelabuhan tersebut dapat membawa kembali era kegemilangan kerajaan Melaka suatu ketika dahulu iaitu sebagai hub perdagangan Timur dan Barat serta berupaya menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Kenyataan Liow yang juga Presiden MCA itu dipetik ketika menyempurnakan perletakan batu asas pembinaan Pelabuhan Melaka Gateway di Pulau Melaka pada 19 Oktober baru-baru ini.

Selain Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, ia turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Untuk makluman pembaca, projek pembangunan pelabuhan laut dalam itu membabitkan dua syarikat pelabuhan terbesar China iaitu, Rizhao Port Group Co Ltd (Rizhao) dan Shenzen Yantian Port Group Co Ltd (Yantian).

Tambah Liow, kerajaan optimis terhadap projek yang dijalankan oleh dua syarikat tersebut bagi membangunkan kemudahan lengkap membaik pulih kapal, terminal kontena dan pukal serta taman perindustrian maritim. Berbeza dengan Pelabuhan Klang yang hanya menumpukan aktiviti pengangkutan dan pengurusan kargo.

Kenapa China?

Hampir 80 peratus atau 80,000 daripada 100,000 kapal besar berlayar melalui Selat Melaka adalah dari China dan pembinaan pelabuhan itu dijangka dapat menarik lebih banyak syarikat perkapalan dari negara republik berkenaan singgah ke pelabuhan terbabit.

Rizhao dan Yantian yang membangunkan pelabuhan laut dalam itu bukan sahaja syarikat terbesar di China tetapi juga antara 10 syarikat pelabuhan terbesar di dunia.

No comments:

Post a Comment