Masih ingat kata-kata big bos Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dalam siri ceramahnya di Pagoh semalam, 7 Oktober 2016?
Cepat betul lupa. #MelayuMudahLupa betullah! Biar penulis ingatkan...
Katanya yang juga seorang diktator itu, mahu menumbangkan calon-calon Barisan Nasional (BN) menerusi pertandingan satu lawan satu.
Amboi, tak mengamuk pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAN mendengarnya? Atas pentas saja nampak mereka gembira, dalam hati tiada siapa yang tahu...
Tengok saja apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Berebut-rebut calon DAP, PKR mahu meletakkan calon parti masing-masing.
Siapa yang percaya pada 'perpaduan' dalam Pakatan Harapan itu, eloklah kembali ke pangkal jalan.
Omong kosong saja....
Itu ungkapan ringkas Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila diminta mengulas tentang ucapan diktator, Mahatir.
Tiong Lai bagi contoh mudah, lihat apa yang berlaku di negeri Sabah.
Apabila masuk saja PPBM, sudah kelihatan perpecahan dikalangan mereka. Lebih teruk, ada ahli DAP dan PKR bertindak keluar parti dan menyertai parti lain.
Apakah itu maksud 'bersatu'?
Dengan nada yakin, Tiong Lai percaya senario perpecahan di Sabah turut berlaku di Semenanjung.
Benar, pembangkang juga gagal dalam pilihanraya negeri Sarawak. Kononnya mahu menumbangkan BN dengan strategi satu lawan satu tetapi tidak berhasil kerana tiada persepakatan. Atas kertas saja ada 'pakatan'.
Kalau hendak sentuh tentang tiadanya persepakatan dalam pembangkang ini cukup banyak....
Lihatlah dahulu mereka tabur pelbagai janji kepada pengundi dan penyokongnya. Konon mahu menubuhkan kerajaan berkebajikan tetapi tidak melakukannya. Dulu kata DAP akan bekerjasama dengan PAS sehingga berjaya merampas Putrajaya, tapi akhirnya berpisah.
Apa yang pasti, Tiong Lai terus mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis.
Penulis bersependapat dengan Tiong Lai. Buka mata dan lihat apa yang berlaku dewasa ini. Semakin ramai yang sudah jemu dengan perjuangan peribadi pemimpin pembangkang.
DAP kononnya memperjuangkan intergriti tinggi tetapi anak kepada big bos Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng terpalit dengan kes rasuah.
Sedarlah, perjuangan parti pembanggkang itu sia-sia. Tiada lagi parti yang layak memerintah melainkan BN sahaja. Usah lagi terpedaya dengan kata-kata yang keluar daripada pemimpin pembangkang. Baik di pentas ceramah mahupun media sosial.
Banyakkan merujuk fakta dan bukan persepsi. Fakta, semakin ramai ahli pembangkang meninggalkan parti mereka - Pakatan Harapan Palsu.
No comments:
Post a Comment