AdSense

Sunday, October 9, 2016

INFO : Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat 2016



Nak tahu kenapa perlu 'lock' kalender anda pada 17hb Oktober 2016 ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang?


Untuk makluman pembaca, pada tarikh itu akan berlangsungnya Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 dengan tema "Pengangkutan Awam : Mentransformasikan Negara"

Bukan 'lock' kalendar anda saja tetapi perlu hadir sekiranya mahu mengikuti pelbagai acara dan tawaran menarik yang disediakan pihah penganjur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Program yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu terbuka kepada orang ramai dan menampilkan pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat serta perancangan masa hadapan negara.

Bukan itu sahaja, pameran ini juga akan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan Simposium tahunan ini. Beliau juga akan menyampaikan ucaptama mengenai ‘Perjalanan 5- tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat – Impak dan Pencapaian’ seterusnya melancarkan Buku Laporan Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat.

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Pembaca boleh rujuk pautan DI SINI

#5TahunLPT

No comments:

Post a Comment