AdSense

Friday, October 14, 2016

Ini rupanya permainan peguam asing Anwar di Pejabat Perdana Menteri


Baru dua hari hantar surat temujanji dan terus terjah pintu masuk Pejabat Perdana Menteri. Mungkin peguam Anwar ini tidak diajar cara-cara sopan ketika berurusan dengan pentadbiran pemerintahan di Malaysia.

Isu ini tidak menarik tanpa liputan media, khususnya lidah rasmi pembangkang, MemutarKini.


Mudah, peguam ini sudah tentu tahu yang beliau tidak akan dibenarkan masuk. Sama juga kalau peguam Malaysia mahu jumpa Barack Obama. Berbekal surat temujanji yang baru dibuat dua hari lepas, mana mungkin dapat memasuki White House. Itulah prosedurnya.

Sedangkan hendak jumpa CEO sesebuah syarikat pun perlu ada temujanji jika ia pertemuan rasmi. Sudah tentu CEO itu ada kepentingan-kepentingan lain yang hendak diuruskan dan disusun di dalam jadual hariannya.

Kau tiba-tiba terjah dan CEO itu 'outstation' atau ada mesyuarat penting, kemudian kau panggil wartawan luah rasa kecewa. Tak masuk akal langsung! Siapa kau hendak dilayan macam raja?


Inilah strategi halus peguam warga Amerika ini seolah-olah mahu mengugut Najib pula. Bila Memutarkini lapor dan sebar di media sosial, ia memberi gambaran kononnya Perdana Menteri Malaysia takut, ego, tidak demokrasi dan lain-lain tuduhan kerana 'tidak mahu berjumpa' dengannya.

Inilah senjata halus yang sedang digunakan. Persepsi, persepsi dan persepsi.

Masyarakat yang mudah percaya bulat-bulat dan termakan hidangan persepsi sebegini pastinya akan membenci kerajaan.

Oleh yang demikian, masyarakat diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan strategi asing ini. 

No comments:

Post a Comment