AdSense

Friday, October 14, 2016

Bas terbakar : SPAD, MIROS jalan siasatan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca insiden kebakaran melibatkan sebuah bas henti-henti Rapid KL di Wangsa Maju semalam.


Dalam masa sama ia sekaligus menjalankan audit terperinci di atas pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) oleh Rapid KL.

Selain itu, SPAD juga mengarahkan Prasarana supaya menyerahkan laporan terperinci berhubung insiden tersebut.

Semalam, sebuah bas RapidKL laluan T521 LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju dilaporkan terbakar berhampiran pusat membeli-belah Aeon Big Wangsa Maju. Kejadian tersebut turut dirakamkan orang ramai dan menjadi viral di media sosial. Lebih malang, ada segelintir pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kononnya bas tersebut meletup.

Sedia maklum, terbakar dan meletup adalah dua situasi berbeza. Mungkin ada sedikit bunyi letupan tetapi penggunaan ayat sedemikian berupaya mengundang panik orang ramai.

Tindakan pantas kapten bas yang berjaya menurunkan kesemua 6 penumpang dalam kejadian itu wajar dipuji. Kejadian itu turut menyebabkan enam buah kereta yang di parkir di situ terbakar. Syukur, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam perkembangan lain, SPAD menegaskan bahawa pihaknya memandang serius insiden tersebut apatah lagi ia melibatkan keselamatan penumpang dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment