AdSense

Sunday, October 23, 2016

#Bajet2017 beri rangsangan ekonomi Pantai Timur - Liow Tiong Lai


Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan pada Jumaat lepas sebagai satu bajet yang baik khususnya dalam soal pengembangan ekonomi.


Ketika memberi komen tentang perlaksanaan Projek East Coast Rail Line (ECRL) yang bakal direalisasikan, beliau yang juga Ahli Parlimen Bentong itu menyambut baik usaha kerajaan ke arah merangsang ekonomi Pantai Timur.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas komitmen kerajaan untuk melaksanakan ECRL iaitu sambungan laluan keretapi dari Kuantan ke Kuala Lumpur melalui Bentong.

"Selaku Ahli Parlimen Bentong dan rakyat di sini berasa cukup gembira. Ini adalah keputusan yang memberi rangsangan kepada pembangunan ekonomi di Pantai Timur." katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas mengumumkan peruntukkan berjumlah RM55 bilion untuk anggaran kos Projek East Coast Rail Line (ECRL)  sepanjang 600km dari Lembah Klang - Pantai Timur.

Untuk makluman pembaca, projek itu dijangka dibina mulai tahun hadapan. Kos pembinaannya dijangka lebih tinggi untuk membuat terowong (seperti di Genting Sempah) namun kos sebenar pembinaannya akan diumumkan kelak selepas penelitian dibuat syarikat kontraktor antarabangsa.

Apa yang pasti, penduduk di sekitar laluan ini perlu bersiap sedia dengan kepesatan ekonomi di sana!

Secara keseluruhannya, Liow mengatakan bahawa Bajet 2017 ini adalah komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menunaikan janji untuk rakyat. Bajet yang lebih menfokuskan pada soal pembangunan itu sesuatu yang baik untuk sebuah negara yang sedang membangun maju.

Jauh berbeza dengan Belanjawan Alternatif 2017 oleh Pakatan Harapan yang diakui ramai sebagai tidak mempunyai asas kukuh dan hanya bermotifkan politik.

Antara lain cadangan mereka termasuk mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar' tidak menunjukkan sebarang cadangan kukuh untuk menambah sumber pendapatan negara.

"Memang mereka tiada sebarang kaedah untuk menunjukkan cara pengurusan kerajaan yang berkesan.

"Bajet kita (kerajaan) fokus kepada ekonomi berasaskan rakyat dan lebih realistik." tegas Liow sebelum ini.

No comments:

Post a Comment