Friday, September 9, 2016

Sensasi MB Pahang, ini rupanya kisah sebenar...


"Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini dikejutkan apabila menteri besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob menanggalkan kasut dan mengangkat kaki ke mukanya.

"Adnan kemudian meletakkan pen di celah jari kaki ketika kakinya diangkat dan bertanya sama ada anggota di dalam dewan boleh melakukan perkara yang sama, lapor Sin Chew Daily."

Ini adalah apa yang disiar semula oleh Malaysiakini sambil menambah rencah untuk menarik minat pengguna laman sosial memberi komen negatif.


Apa yang berlaku sebenarnya, Adnan pada ketika itu sedang menunjukkan cara-cara bersenam mengikut petua tradisional bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan.

Sudah tentu, cara bersenam orang-orang dulu tidak sama dengan masyarakat hari ini. Sepatutnya ilmu tradisional seperti ini diamati dan dipelajari. Bukannya menghina dan berlakon seolah-olah terkejut (sehingga 'mengadu' pada media) sepertimana yang dilakukan oleh ADUN DAP Bilut dan rakan-rakannya.

Memetik artikel Pahangku Media, kehadiran beberapa wartawan akhbar Cina yang tidak pernah membuat liputan di Sidang DUN Pahang memasuki Sidang DUN Pahang diiring ahli politik DAP dan PKR seperti ada agenda tersembunyi.

"Setelah berjaya menghasut masyarakat Cina dalam laporan Lynas dan bauksit tetapi membisu seribu bahasa tentang Cameroon Highland menunjukkan agenda tersembunyi bagaimana corak laporan yang perlu dihidangkan kepada masyarakat Cina."

Nampaknya, pemimpin pembangkang hari ini sudah kelam kabut meraih isu sensasi supaya rakyat menyokong mereka. Hinggakan senaman tradisional pun hendak dipolitikkan!

No comments:

Post a Comment