AdSense

Saturday, July 16, 2016

Kemalangan : Tindakan mengikut peringkat. Jangan main tuding jari saja...


Apabila berlakunya kemalangan jalanraya membabitkan pengangkutan awam seperti bas, akan ada beberapa tindakan yang diambil oleh pihak penguatkuasa mengikut peringkat-peringkat.


Pihak yang pertama menjalankan siasatan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia bagi tujuan mengenalpasti sama ada kemalangan jalanraya tersebut perlu disiasat bawah Kanun Keseksaan ataupun Akta Pengangkutan Jalan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kemudiannya akan mengenalpasti sama ada wujud kegagalan kenderaan, pemandu dan Lesen Memandu Kenderaan Awam (PSV) yang menjadi faktor utama kepada kemalangan tersebut.

Sementara pihak Kementerian Pengangkutan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula akan mencari punca dan sebab-sebab berlakunya kemalangan.

Insiden sebuah bas merempuh 10 kenderaan lain selepas Terowong Menora baru-baru ini
Akhirnya pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bertindak mengikut penelitian daripada hasil keputusan siasatan tersebut. Ia seterusnya disusuli dengan tindakan termasuk menggantung lesen syarikat bas yang terlibat.

Dalam masa sama, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar juga mengatakan bahawa sebelum sebarang tindakan diambil, ia perlu melalui proses perundangan sedia ada.

Kelewatan dalam proses itu merupakan sesuatu perkara normal. Contohnya jika seseorang itu dituduh membunuh, ia perlu melalui proses siasatan, pendakwaan dan mahkamah kemudiannya akan menilai bukti-bukti sebelum menjatuhkan hukuman.

Jelaslah bahawa proses yang dilakukan untuk menyelesaikan kes kemalangan jalan raya seperti ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Ia menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang saling bekerjasam antara satu sama lain mengikut peringkat-peringkat.

Jangan main tuding jari saja, kata agensi ini itu tak buat kerja, lembab dan sebagainya! 

No comments:

Post a Comment