Tuesday, July 19, 2016

HSR : Masa depan lebih menarik buat Malaysia - Singapura


Penjanaan ekonomi, gaya hidup dan nilai hartanah. Ini antara manfaat yang bakal diperoleh sejurus siapnya projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur - Singapura (HSR) menjelang tahun 2026, 10 tahun daripada sekarang.
Hari ini tercatat di dalam sejarah apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sama-sama menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek tersebut.


MoU berkenaan ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur Singapura, Khaw Boon Wan yang juga Menteri Pengangkutan negara tersebut.

Hasrat dan cadangan pembinaan projek yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini sudahpun diperkatakan sejak Februari 2013 lagi sebelum berhasilkan MoU pada hari ini.


Antara pihak-pihak yang penting di dalam perlaksanaan projek ini ialah Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).

Untuk makluman pembaca, projek HSR mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350km itu akan mengurangkan masa perjalanan kepada 90 minit antara kedua-dua bandar raya, dengan kelajuan lebih 300km/jam.

Suara Lensa sependapat dengan kenyataan Najib yang mengatakan masa depan Malaysia dan Singapura akan menjadi bertambah menarik setelah HSR mula beroperasi menjelang 2026.

Dalam masa sama ia dapat menjana dorongan baharu pembangunan ekonomi di bandar-bandar sepanjang laluan HSR.

Nah! Satu lagi projek mega yang bakal membawa Malaysia selangkah maju dan berjaya terutama sekali berkaitan pengangkutan awam darat. HSR ini juga akan menjadi projek untuk rakyat yang ikonik!


No comments:

Post a Comment