AdSense

Monday, July 18, 2016

DADAH : Semoga penulis asal artikel ni dirahmati Allah

*Luahan perasaan Peg AADK dr selatan tanahair*

Dadah..masalah dadah..mcm2 hal timbul..pakat duk kata ..aadk gagal pulihkan..aadk tak buat pencegahan..penguatkuasa takde integriti..polis tak tangkap..airport loose..???..suruh kaji program..kaji pendekatan..kaji segala2...tapi..sebelum berkata kata..penah ke kaji..kenapa semua tu tak menjadi?..

Sembang byk2 pun tak guna..jika nak kaji apa penugasan yg nak diberi..kaji apa kemampuan semua agensi terlibat?..berapa kekuatan tenaga kerja agensi2 terlibat?..infra agensi terlibat adakah memadai?..peruntukan adakah mencukupi diberi selari dengan rasa takut..ancaman dan bahaya dadah yang kita semua sibuk perkatakan?..

sebelum bercakap soal designing bombastic program..better kaji dan teliti dulu..keperluan agensi2 pelaksana..bukan tak pernah cukup..sebaliknya memang sangat poor dan nazak...

Mengambil contoh..kedudukan semasa ..sebuah agensi yang dikatakan agensi utama membanteras dadah..

Selagi mana satu org pegawai agensi buat mcm tugas..dialah pegawai penyiasat..dialah pegawai pendakwa..dia pegawai pemulihan..dialah pegawai pencegahan..dialah pegawai kes..dialah pegawai pengurus pejabat..dan dialah juga pegawai pelbagai fungsi lain yang adhoc atas arahan semasa..maka..apa yg disembang borak kat sana sini...useless..bincanglah secara menyeluruh..kerana..tiap2 pegawai..juga manusia..

Kementerian kesihatan..doktor, jururawat...diberi nisbah kekuatan sumber manusia selari dengan perkembangan populasi..begitu juga polis...guru..jkm...dan lain2...tetapi..nisbah perjawatan AADK disandarkan kepada apa?..jika perjawatan AADK hanya disandarkan kepada OKP atau bilangan penagih dadah..jgn harapkan AADK melaksana dengan cemerlang seluruh strategi kepada lain2 bilangan populasi yang tidak disandarkan selari dengan kemampuan perjawatan yg ada ...contohnya pelajar..murid...komuniti dsbgnya tidak diambil kira dalam perkiraan perjawatan..

Jika guru..secara kasar..satu sekolah ada 100 guru dengan sejumlah anak murid seramai 2000 org. Jika dinisbahkan 1 guru adalah utk kepada 20 murid..demi pastikan anak2 murid dapat pelajaran sempurna..jelas dan bersasar ratio yg dibuat..

But Then now, kita nak bercakap soal pegawai AADK tidak menjalankan program pencegahan mencukupi kepada pelajar sekolah..??..nak bercakap soal pegawai aadk tidak menanam faktor pelindung dlm diri pelajar..??? Sebelum melemparkan idea bernas anda..pernahkan anda tahu..???

- satu pejabat AADK Daerah..ada berapa kekuatan pegawai dan anggota agensi?..penah dikaji??..setahu saya..secara puratanya..jika perjawatan diisi dengan penuh..ada 3 ke 4 penolong pegawai..dan 25 pembantu antidadah..boleh dikatakan maksimum ada 30 ke 35 pegawai dan anggota agensi di satu daerah..utk melaksanakan 3 fungsi..oleh itu satu fungsi..cuma ada lebih kurang 1 pegawai dan 9 anggota..diulangi..jika perjawatan tersebut..DIISI.. okay..dalam satu daerah AADK ada berapa buah sekolah?..at least 40 sekolah rendah..belum bercakap sekolah menengah..kolej dan universiti lagi..okay..40 sekolah jika dikalikan dengan murid seramai 1000 setiap sekolah..dah ada 40ribu murid..sekolah rendah baru..campur menengah..kolej dan universiiti..ada berapa ramai pelajar yg pegawai agensi perlu tanam faktor pelindung dsbgnya..?..

Takpe..sambung semula..anggaran sekolah menengah kolej dan swasta atau univerisiti..dalam satu daerah ada tambahan lagi 60 ribu pelajar dalam satu2 daerah menjadikan purata 100 ribu pelajar... ini semua perlu diberi perhatian oleh 10 pegawai dan anggota agensi sahaja dalam satu daerah...so..what do u think..?? adakah pegawai agensi ni..ada 30 jam sehari..tiada keluarga..dan tak perlu rehat..besi..urat dawai..sila kaji dengan teliti...

Nak harapkan guru..kesian la pada guru..KPI utk kejar prestasi murid pon tak terbuat..nak tanam aspek2 pencegahan dadah dalam diri murid dan pelajar???mampu kah?...

Ini baru fungsi atau angle pencegahan yang belum menyeluruh sebagaimana kita semua minta kaji kaedah dan pendekatan yg dikatakan lapuk dan tidak berkesan...
Belum fungsi rawatan dan penguatkuasaan..

Kalau nak tgk kesan kena invest... setiap sebuah sekolah tak kira menengah atau rendah atau vokasional... jika nak melihat kesan yg lebih baik dalam aspek pencegahan dadah dlm diri tiap2 pelajar..seorang pegawai agensi berpangkat tidak kurang pegawai yang berkelulusan diploma..perlu ditempatkan...

Serta lain2 strategi pencegahan yang dikatakan perlu...buatlah...laksanalah..dengan syarat...ada pegawai yang boleh dipertanggungjawabkan.

Jika dalam keadaan semasa..pegawai AADK takkan mampu melaksanakan program secara berterusan di sekolah2...kerana ..tanpa program berterusan..tiada sebarang penilaian dpt dibuat..paling kuat pon..hebat sgt pon pegawai agensi...dengan bilangan sedia ada..hanya sekali setahun sahaja boleh ke sekolah..itu pun..jika sempat..kerana jangan lupa..pegawai agensi juga perlu ke masjid..perlu ke port penagih..perlu ke mahkamah..perlu ke jkk..perlu ke syarikat swasta..perlu ke jabatan kerajaan..perlu ke mesyuarat sana sini..

Aspek rawatan..fahamilah..rawatan perlu diberi secara berterusan..utk capai pemulihan...utk capai pemulihan..bukan 100% terletak kepada kehebatan program..kehebatan pegawai..tetapi...kehebatan penagih itu sendiri..dan kehebatan org disekeliling...termasuk kita yg pandai memberi komen juga...pemulihan tidak berlaku diatas kertas penilaian pegawai.ia berlaku dalam hati dan diri penagih itu sendiri..utk capai kepulihan dalam diri penagih..persekitaran perlu diubah..org sekeliling perlu menyokong..beri peluang..bukan mencemuh..

Soal persekitaran penagih..kita perlukan total enforcement yg boleh lumpuhkan punca bekalan secara berterusan. No matter how many times kita masukkan penagih ke pusat utk dipulihkan..jika balik ke kg..dadah senang diperolehi..pengedar berkeliaran ..hampir sama ramai dengan penagih itu sendiri..bagaimana nak pulih.. lumpuhkan pembekal...lumpuhkan ekonomi pembekal..lumpuhkan bekalan..dan bekalan..tiada port di suatu kawasan jika tiada pembekal...pasar borong..tiada pembeli jika tiada org meniaga...maka pembeli satu hari akan ambil jalan utk tidak lagi membeli ... maka tutup la pasar borong tu..

Soal Penguatkuasaan..
Kena ada byk agensi buat..hiraukan soal pertindihan tugas..nak impak besar ..kena invest..byk pihak yg laksana..isu penyelewangan kuasa jadi lebih sukar nak dilakukan oleh mana2 pegawai atau agensi...
Tambahan pula..dengan kecanggihan sistem pemantauan perbelanjaan kerajaan..dan kehebatan pegawai2 treasury..tak timbul isu pembaziran kerajaan..sbb..setiap yg dibelanjakan..perlu ada laporan..ada audit..janji kerja buat..lapor..okay la tu..kalau asyik tak percaya pada Ketua Jabatan / Agensi..bila nak berjaya..

Mana pegawai yg berani jual maruah dan integriti penguatkuasaan..ambil tindakan setegas yg mungkin..jangan kerana kesian..fikirkan masa depan seorang yg corrupted..seluruh warga penguatkuasa dapat calit atas dahi..be firm with all offenders..

-copy & paste-

No comments:

Post a Comment