AdSense

Tuesday, June 28, 2016

Ulat Tiket berdepan denda RM50 ribu, penjara 3 tahun


Sudah nak raya, masih ada yang belum mendapatkan tiket bas? Jangan lengah lagi, nanti tak pasal-pasal beraya di perantauan. Buat rugi je, cuti sudah lulus seminggu!

Dalam masa sama, pengguna bas ekspres sekali lagi diingatkan supaya membeli tiket bas di kaunter-kaunter yang sah. Jangan sesekali terjebak dengan mana-mana sindiket Ășlat tiket' yang wujud.


Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu kumpulan ini terutama sekali ketika mereka menawarkan harga tiket murah berbanding biasa. Nanti jangan pula salahkan orang lain apabila tiket yang dibeli adalah palsu!

Rugi lagi, berayalah di terminal bas.

Kenapa peringatan ini disebut berulang kali? Ini kerana mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan ulat tiket yang cuba mengambil kesempatan.


Nampak ringan, mereka bukan sekadar ulat tiket tetapi juga menyalahi undang-undang atau boleh digelar sebagai pelaku jenayah!

Tindakan ulat tiket ini sentiasa menjadi perhatian pihak berkuasa tempatan terutama sekali Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Selain menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu bas, SPAD juga akan memantau kegiatan ulat tiket ini. Sekiranya berjaya ditangkap, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan dengan itu orang ramai perlulah bersama-sama SPAD dalam membanteras kegiatan ulat tiket ini dengan tidak menyokong 'jualan' mereka.

#BanterasUlatTiket

No comments:

Post a Comment