Ada saja yang tidak kena. Mungkin bagi syarikat penerbangan Air Asia, mereka merasakan sudah cukup bagus dan semua orang perlu megikut telunjuk mereka?
Dalam pemerhatian penulis dan mungkin pembaca juga menyedari, sejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mula beroperasi, syarikat Air Asia lah yang paling lantang mengkritik.
Bangunan bermasalah, kelonggaran aspek keselamatan dan macam-macam lagi. Itu berlaku sekitar tahun 2014, saat Air Asia menujukkan kedegilan mereka untuk berpindah. Kini, memasuki pertengahan tahun 2016 dan syarikat dengan warna merah garangnya kelihatan cuba lagi menunjukkan besar kepalanya.
Seolah-olah melakukan protes apabila cadangan mereka berhubung nama lapangan terbang yang ditolak sebelum ini. Daripada nama KLIA2 kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah 2 (LCCT2).
Perniagaan mereka dikatakan terjejas dengan alasan reka bentuk lapangan terbang dan sistem daftar masuk berkapasiti rendah. Ia juga dikatakan menggagalkan usaha mereka mempromosikan tawaran penerbangan tambang murah.
Ya pastinya semua maklum hasrat syarikat terbabit yang kononnya mahu mempromosikan tambang murahnya. Namun tindakan menukar nama bukanlah jalan penyelesaiannya.
Ia dijelaskan sendiri oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan menegaskan bahawa mereka bebas menjalankan promosi syarikat.
Katanya lagi, tindakan menukar nama lapangan terbang tersebut adalah usaha yang tidak praktikal.
"Dalam Persatuan Pengangkutan Udara Anrarabangsa, KLIA 2 didaftarkan sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA iaitu KUL"
Pihak Air Asia mungkin terlupa atau sengaja menutup mata mengenai peruntukkan yang terkandung di dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Oleh yang demikian, pihak atasan Air Asia perlulah merendahkan diri dan tidak berlagak seolah-olah mereka saja yang betul. Anda mahu orang lain mendengar pendapat anda dan dalam masa sama anda juga perlu mendengar pendapat orang lain.
No comments:
Post a Comment