AdSense

Tuesday, June 28, 2016

@SPADchannel 'buka mata' luas pada Aidilfitri


Disiplin, bebas dadah, patuhi undang-undang jalanraya dan had laju. Demikian antara fokus utama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pemandu pengangkutan awam dalam operasi penguatkuasaan sempena musim perayaan Aidilfitri menjelang tiba.

Tidak lain tidak bukan ia bagi memastikan tahap keselamatan penumpang dan orang ramai berada pada paras tertinggi.


Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi dengan mana-mana pihak terutamanya membabitkan pengusaha syarikat dan pemandu berhubung soal keselamatan penumpang.

Siapa saja yang didapati melanggar kesalahan yang ditetapkan bakal berdepan dengan tindakan setegasnya.

Che Hasni (dua dari kanan) sedang menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu bas.

Tidak cukup dengan operasi pemantauan seperti pemeriksaan di terminal dan rondaan, SPAD juga akan mengerahkan anggotanya untuk menjalankan penyamaran bagi memastikan tidak ada yang terlepas daripada pemerhatian mereka. Penyamaran ini difokuskan kepada pemandu teksi yang tidak menggunakan meter sesuka hati.

Seperti pada kebiasaannya, SPAD akan menjalankan operasi ini bersama-sama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Kesihatan.

Dalam perkembangsan sama, para pengusaha bas tambahan diingatkan supaya mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) sekiranya mahu menjalankan perkhidmatan mereka pada musim perayaan ini. Sehingga kini lebih 1,000 permohonan sudahpun diterima meliputi seluruh negara.

Semoga segala perjalanan terutama sekali pada musim perayaan ini berjalan lancar. Kepercayaan penumpang terhadap pemandu perlu dihargai dengan cara pemanduan berhemah dan sentiasa mematuhi undang-undang yang telah digariskan.

No comments:

Post a Comment