AdSense

Saturday, May 21, 2016

Penyatuan negara-negara Islam seluruh dunia


Pada sidang kemuncak OIC di Istanbul baru-baru ini (14-15 April 2016), jelas sekali Turki dan semua negara Islam mahukan supaya perlakuan terorisme dan keganasan melampau tidak dikaitkan dengan agama Islam dan umatnya kerana agama Islam  menuntut kepada kedamaian dan keamanan. Ini selaras dengan tema “Unity and Solidarity for Justice and Peace”, yang telah dipilih.

Presiden Erdogan dalam ucapannya di pembukaan sidang OIC tersebut, mencadangkan agar oder antarabangsa perlu dikaji mengikut tuntutan masa dan keadaan geopolitik global yang sudah pun berubah. PBB mengikut pendapat beliau, mesti mencerminkan realiti hari ini dan bukannya realiti pasca Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin.


Umat Islam yang berjumlah suku daripada jumlah penduduk dunia patut menjadi salah satu ahli tetap Majlis Keselamatan PBB. Adalah tidak tepat untuk landskap politik antarabangsa dunia  ditentukan oleh hanya lima buah kuasa besar sahaja. Oleh itu, seruan untuk menyusun semula PBB adalah munasabah dan wajar. Beliau juga menyentuh tentang perlunya kerjasama yang rapat di antara negara-negara Islam bagi mencapai keamanan dan kedamaian dunia. Pola dunia baru mestilah mempunyai keseimbangan persekitaran geopolitik berteraskan politik, ekonomi dan keselamatan serta populasi.

Persoalan geopolitik seringkali menjadi topik penting dalam perbincangan di kalangan ahli akademik dan diplomat di peringkat domestik dan antarabangsa. Mengapakah isu ini menjadi penting dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi? Perkara tersebut menjadi lebih kritikal kerana ianya boleh memberi kesan kepada kepentingan negara dalam hubungan dua hala, perjanjian dua hala dan pelbagai hala ataupun triti pelbagai hala. Lantas, akhirnya ia akan memberi impak kepada kepentingan negara dalam isu keselamatan, politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, persekitaran geopolitik perlu diberikan tumpuan secara holistik dalam apa-apa keputusan domestik ataupun hubungan antarabangsa bagi memahami serta mengelakkan kesan negatif, sama ada jangka panjang ataupun jangka pendek kepada rakyat dan negara.

Baca selanjutnya di sini 

No comments:

Post a Comment