AdSense

Saturday, May 28, 2016

McDonald's kenang jasa guru


Setiap daripada kita pasti dididik oleh insan mulia bergelar guru. Guru ada pelbagai, ibubapa di rumah juga kita gelar sebagai guru - mendidik kita dengan penuh kasih sayang.

Apa yang hendak penulis kongsikan pada penulisan kali ini ialah mengenai sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke-45yang berlangsung di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.


Sambutan hari guru pada tahun ini bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan.

Guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.


Dalam sambutan ini, banyak syarikat yang turut serta mengambil tempat meraikan guru-guru diseluruh negara, antaranya restoran popular McDonald's Malaysia.

Sebanyak 2,000 set hidangan McChicken dan Orange Bowl disediakan McDonald's. Selain itu McDonald's turut bersama-sama menganjurkan seminar khusus kepada guru dengan menjemput tokoh motivasi terkenal Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Membawa tajuk "Memperkasakan Guru sebagai Inspirasi Kecemerlangan Pelajar" seminar ini menjelajah ke beberapa lokasi antaranya Johor Bahru, Kuala Terengganu, Seberang Perai, Shah Alam dan Ampang.

Penglibatan McDonald's dalam hal-hal berkaitan pendidikan sememangnya diamalkan sejak sekian lama. Walaupun popular dengan kelazatan hidangan di restorannya, McDonald's tidak pernah lupa pada aktiviti-aktiviti kebajikan.


Menyebut tentang kebajikan, umum mengetahui penubuhan badan amal Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) adalah bertujuan membantu kanak-kanak dan golongan yang memerlukan khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan sosial.

Penulis pernah menulis beberapa artikel berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan RMHC sebelum ini. Jika terlepas, pembaca boleh merujuk di ruangan label McDonald's di dalam blog ini.

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, ternyata RMHC begitu mendekati golongan sasaran ini dan sekali lagi penghargaan wajar diberikan kepada McDonald's Malaysia yang tidak pernah lupa pada tanggungjawab sosial korporat mereka.

No comments:

Post a Comment