AdSense

Saturday, May 28, 2016

25 Gambar - Siri Syarahan Kepimpinan Akademi SPAD


Akademi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Siri Syarahan Kepimpinan (Leadership Lecturer Series) yang kedua bertempat di Ibu Pejabat SPAD kelmarin, 26 Mei 2016.

Syarahan kali ini telah disampaikan oleh YBhg Dato Sri’ Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Syarahan yang disampaikan kali ini mengenai pengalaman beliau yang pernah terlibat di dalam sektor korporat dan kerajaan juga mengenai Prestasi Makro Ekonomi Malaysia.

Mengenai Abdul Wahid, beliau sememangnya cukup popular dikalangan sektor korporat sejak dahulu lagi.


Tidak hairanlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada membuat 'posting' mengenai Abdul Wahid di blognya semalam yang bertajuk "Perkhidmatan Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar"

Najib dalam tulisannya memberitahu tempoh perkhidmatan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, sebagai Ahli Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan tamat pada 4 Jun 2016 tidak lama lagi.

"Adalah menjadi hasrat YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal ketika beliau menerima pelantikan ini pada tahun 2013.

"Saya menerima keputusan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang telah dipersetujui pada tahun 2013. Namun begitu, YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi (Economic Council) yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu." katanya.


Berbalik semula kepada penganjuran Siri Syarahan Kepimpinan Akademi SPAD, penulis sebelum ini berkesempatan menghadiri program sama pada hari pertama diperkenalkan.

Untuk makluman pembaca, Siri Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS – Public Lecture Series) merupakan satu inisiatif SPAD bagi tujuan berkongsi maklumat berkaitan industri Pengangkutan Awam Darat (LPT – Land Public Transport) di Malaysia.

Perkongsian maklumat itu juga melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam LPT termasuk pihak industri, ahli akademik, pelajar dan pengguna LPT.

PLS buat julung kalinya diadakan dengan kerjasama Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjalan dengan sempurna dan lancar dengan kehadiran peserta seramai hampir 500 orang.

Dalam program itu, Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar mengambil tempat sebagai penceramah dengan mengupas tajuk syarahan “Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia – Sejarah, Aspirasi dan Cabaran”

Bagi penulis, dengan adanya siri syarahan seperti ini maka perjuangan membangun dan menaiktaraf sistem atau apa saja perkara berkaitan pengangkutan awam dapat dijayakan dengan baik, tersusun serta memenuhi kehendak semua pihak.
























No comments:

Post a Comment