AdSense

Wednesday, May 25, 2016

MCA ramal pertambahan undi Cina di 2 PRK


Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 11 baru-baru ini menyaksikan sokongan pengundi Cina di kampung dan bandar kembali kepada Barisan Nasional. Sehingga kerusi atau kubu kuat DAP di bandar berjaya dirampas.

Sokongan sama diharapkan berlaku di semenanjung pada Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak tidak lama lagi.


Kenyataan itu dinyatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di Wisma MCA siang tadi.

Jelas Liow, rakyat terutamanya para pengundi di kedua-dua PRK ini sudah pasti menyedari senario politik yang sedang berlaku pada ketika ini.

Pemimpin dikalangan parti pembangkang hanya seronok merebut kepentingan peribadi berbanding membela nasib rakyat sehingga tercetusnya perpecahan dan pertelingkahan sesama mereka.

Akibat sibuk bergaduh dan merebut kuasa sehinggakan mereka lupa untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat kepada rakyat sebelum ini.


"Kita berharap rakyat lebih jelas dan meneliti apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan.

"Kita dalam Barisan Nasional (BN) pastinya sentiasa memberi komitmen dalam usaha membela nasib rakyat. Bagi PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita menjangkakan beroleh lebih sokongan termasuk dikalangan pengundi-pengundi Cina." katanya.

Dalam sidang media sama, Liow turut mengumumkan Senator Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRK Sungai Besar dan peringkat kebangsaan.

Sementara ADUN Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRK Kuala Kangsar.

Sekali lagi Liow memberi jaminan bahawa MCA tanpa berbelah bahagi akan mengerahkan jentera mereka untuk bekerja keras serta bersama-sama dengan parti-parti komponen BN bagi mencapai kejayaan dalam dua PRK tersebut.

#PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar #UndilahCalonBN

No comments:

Post a Comment