AdSense

Thursday, May 26, 2016

Budak pandai tapi keluarga berpendapatan rendah dapat biasiswa McDonald's


Syukur, itu saja ungkapan yang dapat dilafazkan apabila menerima bantuan biasiswa oleh syarikat makanan terkenal McDonald's Malaysia.


Biasiswa menerusi badan amal kebajikan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) bertujuan membantu kanak-kanak dan golongan yang memerlukan khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan sosial.

Suara Lensa ada menyiarkan beberapa artikel berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh RMHC sebelum ini. Pembaca boleh rujuk di ruangan label 'McDonald's' di dalam blog ini.

Penulisan kali ini, lebih tertumpu pada program biasiswa bagi tahun 2016.

Program biasiswa ini sebenarnya sudah wujud sekian lama setelah McDonald's menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

Secara purata, seramai 6 orang dipilih menerima biasiswa ini di setiap negeri seluruh negara.

Rata-rata daripada penerima ini merupakan pelajar-pelajar pintar sementara keluarga mereka dikalangan berpendapatan rendah.

Antara bantuan yang disalurkan McDonald's Malaysia adalah seperti pakaian, bahan-bahan bacaan ilmiah, alat tulis dan lain-lain keperluan.

Bantuan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

Kategori 1
Tingkatan 1 & 2
Permulaan sekolah : RM360 x 1
Bulanan : RM 50 x 12
Jumlah setahun : RM960.00

Kategori 2
Tingkatan 3 & 4
Permulaan sekolah : RM360 x 1
Bulanan : RM 70 x 12
Jumlah setahun : RM1,200.00

Kategori 3
Tingkatan 5
Permulaan sekolah : RM360 x 1
Bulanan : RM 80 x 12
Jumlah setahun : RM1,320.00

Sementara penerima-penerima biasiswa yang layak perlulah memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :

  • Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016.
  • Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
  • Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
  • Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
  • Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
  • Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.

Terima kasih dan penghargaan tinggi wajar diberikan kepada McDonald's Malaysia apabila sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat  mereka tanpa gagal.


1 comment:

  1. Sorilah ya,walau apa sekalipun mc d buat utk pelanggan fast food memang langsung tk baik utk kesihatan manusia.

    ReplyDelete