Friday, April 1, 2016

Tembus pasaran di China dengan e-Dagang - Liow Tiong Lai


Kalau dahulu kita memasarkan produk-produk buatan tempatan dengan cara konvensional atau tradisi. Pemasangan papan-papan iklan, penyebaran iklan-iklan di stesen televisyen dan radio, pemasaran di lapangan serta jualan langsung merupakan sebahagian cara yang digunakan.

Bukanlah mahu memperlekehkan cara lama yang telahpun dipraktikkan sejak sekian lama itu tetapi kita juga perlu memikirkan cabaran-cabaran baharu yang dihadapi para usahawan. Bahkan, usaha-usaha untuk menembusi pasaran di peringkat global juga menjadi sedikit sukar apatah lagi wujudnya lambakan jenama di seluruh dunia.


Mengikut peredaran semasa di dalam arus kecanggihan, usahawan hari ini dinasihatkan agar tidak ketinggalan dengan kepenggunaan pemasaran dalam talian (online) atau e-dagang (e-commerce).

Menyentuh tentang e-dagang, semalam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyempurnakan Pelancaran Global Union & Grow Global yang berlangsung di Wisma MCA di ibunegara dengan jayanya.



Pemasaran e-dagang itu diangkat menjadi satu platform untuk memasarkan produk-produk tempatan ke negara ekonomi terbesar dunia, China.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan memberitahu bahawa negara China akan bekerjasama dengan Malaysia dalam aktiviti pemasaran produk-produk pertanian dan produk yang berasaskan makanan.

"Kita menyeru mana-mana syarikat mahupun pihak swasta untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan platform yang baharu dilancarkan ini."


Tambahnya lagi, platform tersebut juga diyakini dapat menembusi pasaran yang besar di China sekaligus menjadikan nilai pasaran tempatan meningkat naik.

Bukan sahaja di China tetapi platform bercirikan aset digital dan laman sesawang (website) itu juga dijangka dapat menembusi pasaran-pasaran di peringkat global.



No comments:

Post a Comment