Monday, April 4, 2016

@cmlimguaneng diminta fokus pada isu Banglo #NoSwimmingPool - @dzainalabidin


Tak sudah-sudah Ketua Menteri Pulau Pinang berdolak dalih bagi 'melepaskan' diri daripada berdepan isu banglo tanpa kolam renang yang semakin hangat diperkatakan.


Muka Ketua Menteri ini yang kononnya mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) ini semakin hari semakin pucat menggelabah. Kasihan, namun apakan daya, jeritan dan tuduhan rasuah yang dilemparkan pada pemimpin Barisan Nasional kini kena pada batang hidung sendiri.

Semangat bersatu padu dikalangan pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh mempertahankan Setiausaha Agung yang belum disahkan itu tetap menjadi sia-sia. Kenyataan membela membabi buta seperti memberi alasan Feng Shui tidak baik menambahkan lagi pening kepada si Ketua Menteri. Rakyat semakin bijak, bagaimana mahu menerima alasan yang seolah-olah memperbodohkan mereka?

Apa saja alasan atau cubaan berdolak dalih Ketua Menteri dan konco-konconya adalah tidak boleh diterima sekali!


Berikut kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berhubung isu panas yang melanda Pulau Mutiara ketika ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberikan tumpuan menyelesaikan isu yang sedang dihadapi beliau sendiri dan siasatan oleh SPRM ke atas dirinya berhubung pembelian banglo oleh beliau di bawah harga atau nilaian pasaran.

Mengenai penjualan tanah oleh PERDA di Kampung Tok Keramat di Daerah SPS ; Lim Guan Eng boleh meminta SPRM melakukan siasatan dengan membuat laporan kepada SPRM sekiranya beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam penjualan tanah tersebut.

Lim Guan Eng tidak perlu bersusah payah cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan salah laku terhadap dirinya kepada penjualan tanah oleh PERDA kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekarang.

Hari ini Lim Guan Eng turun melawat tanah di  Kampung Tok Keramat untuk melihat dan menilai kesan mendapan tanah.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah 7 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, beliau turun melawat tanah PERDA atau tapak projek perumahan agensi-agensi kerajaan Persekutuan.

Sekiranya beliau sanggup turun padang melawat tapak cadangan projek-projek lain, saya percaya isu-isu permohonan Kebenaran Merancang oleh agensi-agensi Persekutuan yang tertunggak sejak 2012 mampu diselesaikan.

No comments:

Post a Comment