AdSense

Friday, March 25, 2016

SPAD serius tangani isu rasuah


Berhubung penahanan lima orang anggota penguatkuasanya atas tuduhan rasuah, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang didapati bersalah, termasuk dipecat daripada perkhidmatan!


SPAD dalam pada itu mengatakan bahawa pihaknya sentiasa mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah.

Terdahulu, SPAD dalam kenyataan sama menegaskan bahawa isu-isu melibatkan intergriti kakitangannya merupakan satu isu serius yang sentiasa menjadi perhatian SPAD.


Dalam masa sama, SPAD akan memberi kerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan 5 anggota penguatkuasanya yang ditugaskan di KLIA dan KLIA 2 berkenaan.

Orang ramai atau mana-mana pihak boleh menyuarakan perkara dan isu-isu berkaitan integriti kakitangan SPAD melalui talian 1-800-88-7723 atau emel kepada integrity@spad.gov.my.

No comments:

Post a Comment