AdSense

Wednesday, March 23, 2016

Penemuan serpihan di Afrika Selatan : Tunggu laporan pakar #MH370


Susulan daripada penemuan serpihan yang berkemungkinan daripada bahagian 'Inlet Cowling' enjin pesawat di Afrika Selatan semalam, ia akan dipastikan sama ada penemuan tersebut benar-benar milik pesawat yang hilang, MH370 atau sebaliknya.





Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya semalam ada memberitahu bahawa sepasukan pakar akan berlepas ke Afrika Selatan untuk membawa pulang serpihan tersebut yang dijumpai di persisir pantai berdekatan bandar Mosselbay.

Dalam perkembangan sama, pihak di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan (CAA) Afrika Selatan berhubung perkara berkenaan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar beroleh berita yang positif.


No comments:

Post a Comment