AdSense

Tuesday, March 22, 2016

Respon pengguna - SPAD susun semula perkhidmatan bas di 4 laluan Koridor Jalan Ipoh


Ini yang menariknya, apabila pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung apa jua isu melibatkan pengangkutan awam.


Cara ini menjadikan pengguna dan orang ramai terlibat secara menyeluruh terhadap pembangunan yang dirancang SPAD dalam menambahbaik sistem pengangkutan awam darat.

Ini bukan cakap-cakap kosong atau kenyataan media biasa. Tetapi apa yang dilakukan SPAD tidak lain tidak bukan bertujuan memastikan setiap perancangan yang dibuat tidak meminggirkan pendapat atau buah fikiran orang ramai.

Baru-baru ini, hasil maklumbalas orang ramai, SPAD telah membuat keputusan untuk mengatur semula perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh Setara Jaya melibatkan beberapa laluan di Koridor Jalan Ipoh, ibunegara.

Laluan yang dimaksudkan ialah :

  • Laluan 120
  • Laluan 121
  • Laluan 122
  • T121


Keputusan ini diambil apabila maklum balas orang ramai menunjukkan timbul ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang disediakan syarikat pengendali berkenaan.

Ia termasuklah berkaitan ketidaktepatan masa dan keadaan bas yang sering saja sesak. Rata-rata pengguna bas sinonim dengan perumpamaan sesak seperti 'sardin'.

Oleh yang demikian, SPAD telah mengarahkan pengendali Causeway Link untuk mengambil alih operasi di empat laluan berkenaan seterusnya diharap dapat menangani permasalahan yang dialami para pengguna.



Berikut sedikit info buat orang ramai berhubung penyusunan semula 4 laluan di Koridor Jalan Ipoh.

Laluan 120
(Jinjang Utara – HAB Medan Pasar) :
Waktu operasi dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, akan berkuat kuasa pada 15 Mac 2016.

Laluan 121
(Taman Sri Sinar – HAB Medan Pasar) :
Waktu operasi dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, akan berkuat kuasa pada 15 Mac 2016.

Laluan 122
(Taman Ehsan – HAB Medan Pasar) :
Laluan ini telah diambil alih oleh Causeway Link sejak 19 Februari lalu. Waktu operasi adalah dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

Laluan T121
(Metro Prima – Bandar Baru Selayang) :
Laluan ini akan mula beroperasi pada 22 Mac, 2016. Laluan ini turut diambil alih oleh Causeway Link bagi menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk pengguna di kawasan Kepong. Waktu perkhidmatan dan kekerapan perkhidmatan akan diumumkan pada masa yang terdekat.

Sementara orang ramai atau pengguna yang mempunyai sebarang maklum balas, pertanyaan mahupun cadangan tambahbaik bolehlah terus hubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 atau emel kepada aduan@spad.gov.my. Layari juga laman Facebook di www.facebook.com/SPAD.my atau Twitter@aduanSPADchannel



No comments:

Post a Comment