AdSense

Tuesday, March 22, 2016

Banglo Penang : Mana telur Wira Perkasa?


Wah! Semenjak dua menjak ni bukan main 'lantang' lagi baik Perkasa, Wiranya mahupun Wirawatinya... Iyalah, semenjak berkawan baik dengan DAP ni, wadah perjuangan asalnya seakan-akan hilang dimamah DAP.

Semalam, keluar satu kenyataan Ketua Wiranya berhubung kes rasuah melibatkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menterinya Khairy Jamaluddin pula yang dibelasahnya. Tak kisahlah Ketua Wira ini mungkin 'dipaksa' berbuat kenyataan sedemikian atau tidak tetapi alangkah baiknya beliau buat 'homework' sikit sebelum membelasah orang.


'Study' dulu kes tersebut berlaku pada tahun apa...

Walau apapun, KJ sudahpun memberi jaminan bahawa beliau sebagai menteri tidak akan kompromi berhubung perkara tersebut.

Mengenai tidak membuat homework itu satu perkara, namun apa yang paling menghairankan adalah, kenapa Wira Perkasa diam membisu berhubung isu hangat membabitkan seorang pemimpin?

Ramai yang mempersoalkan tindakan pihak penguasa yang seolah-olah hilang telur apabila berdepan dengan pemimpin digeruni di Pulau Pinang. Adakah Wira Perkasa yang kelihatan 'perkasa' ini juga sudah hilang telur juga apabila menyentuh tentang pemimpin yang disanjungi itu?

Mungkinkah nilai 100 juta lebih menarik berbanding 2juta banglo tanpa kolam renang tersebut dijadikan sebagai alasan kenapa Wira Perkasa hilang telur?

Tetapi, kenapa tidak mengambil kira intergriti seorang pemimpin berbanding pegawai? Maknanya, Wira Perkasa hanya mempersoalkan intergriti individu bergelar pegawai sahaja manakala intergriti pemimpin yang juga sahabat baiknya akan didiamkan?

*Telur oh telur, dimana kau?

1 comment: