AdSense

Friday, March 11, 2016

PERLU TAHU - Elemen yang mempengaruhi tambang pengangkutan awam.



Ramai dikalangan kita yang mungkin keliru tentang faktor-faktor penentu berhubung tambang pengangkutan awam dalam negara.

Tanggapan yang menyatakan bahawa ia bersandarkan kepada turun naik harga komoditi seperti minyak semata-mata adalah andaian yang kurang tepat.

Ini kerana, harga minyak hanya menyumbang 10 peratus sahaja kepada kos operasi syarikat-syarikat pengangkutan awam.

Mana mungkin berlaku penurunan harga tambang apabila jatuhnya harga minyak sedangkan ia (harga minyak) menyumbang dalam peratusan kecil? Bagaimana pula bila harga minyak naik? 

Jika ini teori matematik yang digunapakai maka jawabnya, harga tambang pengangkutan awam akan sentiasa berubah setiap hari!

Untuk makluman pembaca, sebenarnya terdapat beberapa elemen lain lagi yang turut mempengaruhi kos operasi syarikat pengangkutan awam ini.

Antaranya, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada alat-alat ganti kenderaan.

Kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu juga merupakan elemen yang mempengaruhi kadar tambang.

Namun yang demikian, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tahap kualiti yang diberikan oleh syarikat pengangkutan awam kepada pengguna tidak boleh dinafikan.

Ini bermakna, walaupun timbul sedikit rungutan tetapi kebanyakkan pengguna melahirkan rasa puas hati apabila menerima perkhidmatan yang lebih baik, lebih selesa dan mendapat layanan mesra daripada syarikat pengangkutan awam.

Ia juga merupakan cita-cita SPAD ke arah penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam. Bukan sahaja mendapat pujian daripada warga tempatan bahkan juga dikalangan pelancong asing.

Cerita tentang pengangkutan awam di Malaysia yang lebih tersusun serta berkualiti seperti ini pasti akan dijaja ke seluruh dunia seterusnya menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelancongan menarik.

No comments:

Post a Comment