AdSense

Thursday, March 10, 2016

Keberanian 'budak Felda' di Kutub Selatan tarik perhatian Perdana Menteri


Masyarakat FELDA terutamanya generasi mudanya sering dilabel sebagai 'Mat Pit' atau penagih dadah.

Itu persepsi dahulu... hasutan sesetengah pihak yang sengaja memperbesarkan isu kecil bagi memburukkan organisasi FELDA secara keseluruhannya.

Kini tidak lagi, generasi muda FELDA terus melakar nama dengan pelbagai kejayaan. 

Terbaharu, seorang anak peneroka FELDA, Shahrom Abdullah menempa nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya menyempurnakan misi berski rentas Kutub Selatan.

Kejayaannya itu menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

"Saya kagum dengan kecekalan anak jati Felda dari Kelantan ini yang berjaya melengkapkan misi berski merentas Kutub Selatan."

"Perjalanan sejauh 890 kilometer ini tidak mudah, apatah lagi menyesuaikan diri dengan cuaca ekstrem yang SANGAT sekali berbeza dengan negara kita."

Demikian kata Najib dalam statusnya di laman Facebook sebentar tadi.

Dalam masa sama, Najib juga berharap agar semangat keberanian dalam berdepan cabaran sebagaimana yang ditonjolkan Shahrom dapat dicontohi oleh belia-belia dalam negara.

Ada lagi belia yang berani sahut cabaran sebegini? Hadapi cabaran dan mengharumkan nama negara. Atau sekadar nampak 'hebat' berdemonstrasi jalanan, baring atas jalanraya dan menterbalikkan bendera Malaysia diluarnegara?

No comments:

Post a Comment