AdSense

Friday, March 11, 2016

Kelirukan dewan - MP Kota Tinggi patahkan cubaan MP Pandan


Setiap tahun, pelabur di Tabung Haji akan mendapat pulangan dividen yang memuaskan. Sejak tahun 2007, TH TIDAK PERNAH memberi dividen kurang daripada 5%. Itu belum dikira dengan bonus lagi yang diberikan kepada pelabur antara 1% hingga 1.75%.


Namun, Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli tetap bekerja keras dalam cubaannya untuk mengelirukan Dewan Rakyat siang tadi. Apatah lagi di hadapan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). Mahu tunjuk 'hebat' lah tu...

Tidak semudah itu... Sama macam semalam, hari ini juga merupakan hari yang memalukan bagi Rafizi apabila beliau terus disekolahkan oleh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).

Kelihatan muslihat 'bergurau' yang sering digunakan Rafizi tidak memihaknya kali ini.

Hari ini, giliran Ahli Parlimen Kota Tinggi (BN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid pula yang bertindak membawa fakta sebenar di hadapan mata Rafizi.

Selain hujah berfakta berkaitan kadar pulangan dividen yang konsisten positif, Noor Ehsanuddin juga mengajak Rafizi supaya berpijak dibumi nyata. Bukan bumi khayalan bagi pemikir ekonomi ala-badut yang suka main-main dan tidak serius dalam sesuatu perkara.

Jelas Noor Ehsanuddin, untung dan rugi adalah perkara yang sinonim di dalam perniagaan. Namun, kita tidak boleh menafikan tanda aras dividen seperti syarikat TH yang kekal berada dilandasan sebenar.

Kata yang mudah difahami, setiap tahun TH akan memberi pulangan dividen yang baik. Maka ini membuktikan bahawa TH mempunyai keberhasilan yang baik setiap tahun!


"Dalam 50 portfolio, ada 10 yang rugi tetapi 40 yang untung dia tidak cakap, sebab itu saya kata dia cuba kelirukan dewan," ujar Noor Ehsanuddin.

Cukup jelas, Rafizi yang terkenal dengan tabiat menyekat (block) orang ramai yang mempersoalkannya di laman sosial benar-benar hendak mengelirukan dewan yang mulia di Parlimen.

Beliau (Rafizi) mengatakan bahawa kenaikan dividen TH adalah hasil daripada pertambahan pendeposit dan bukannya datang daripada keuntungan syarikat.

MP Kota Tinggi yang menyedari kehadiran 'bola tanggung' ini kemudiannya bertindak 'smash' Rafizi dengan fakta tepat berdasarkan kepada laporan kewangan TH.

Dalam laporan berkenaan, memang benar ada pertambahan bilangan pendeposit tetapi dalam masa sama turut memperincikan keuntungan hasil pelaburan TH.

Baru saja MP Kota Tinggi menghabiskan smash pertamanya, rakan-rakan dikalangan parti pembangkang merasakan ia tidak mampu disambut Rafizi sehingga memaksa MP Kapar (PKR) Manivanan Gowind mencetuskan suasana tegang.


Keadaan huru-hara di dalam dewan sedemikian tidak lain tidak bukan adalah bertujuan mengalih isu setelah MP BN berjaya mematahkan agenda halus Rafizi.

Sekalipun persidangan Parlimen baharu sahaja membuka tirai, kelihatan MP pembangkang cuba mengetengahkan isu-isu kitar semula. Namun mereka lupa bahawa MP BN tidak sesekali akan membenarkan unsur-unsur fitnah menduduki ruang persidangan termasuk agenda-agenda yang cuba mengelirukan dewan.



1 comment:

  1. Rafizi yg patut letak jawatan sebagai MP..undur la secara terhormat...hidup atas dasar penipu.

    ReplyDelete