Oleh kerana Malaysia merupakan antara negara yang aman makmur maka tawaran peluang pekerjaan terbentang dengan luas di setiap pelusuk negara - baik disektor kerajaan ataupun swasta. Peluang pekerjaan yang ditawarkan pula mencakupi pelbagai bidang dan industri mengikut pilihan masing-masing.
Satu situasi ketika menuntut di sebuah kolej swasta diibunegara dalam jurusan bisnes, para pelajar diajukan soalan oleh pensyarah.
"Apakah perniagaan yang paling popular?
Pelbagai jawapan diberikan pelajar namun ianya ditolak pensyarah.
Penulis kemudiannya bangkit berdiri dan menjawab, "perniagaan makanan."
Jawapan tersebut mendapat pujian pensyarah dengan mengatakan bahawa ia adalah jawapan yang paling tepat.
Katanya, perniagaan makanan tidak akan terhenti selagi mana manusia memerlukannya. Ia adalah satu keperluan dan bukan kehendak.
Walaubagaimanapun, soal pemakanan di Malaysia merupakan sesuatu tajuk yang cukup diambil berat oleh masyarakat. Apatah lagi ia berkait rapat dengan soal kebersihan dan status halalnya.
Sekalipun yang demikian, bidang kerjaya dalam perniagaan makanan sememangnya cukup rapat dengan Golden Arches Restaurants Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan McDonald's Malaysia.
Mungkin ada sebahagian pembaca sedia maklum bahawa restoran McDonald's yang pertama di Malaysia terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Ia dibuka secara rasmi pada tahun 1982. Apabila dicongak, usia restoran McDonald's tersebut sudahpun menjangkau 34 tahun. Jika manusia, ia sudahpun dewasa ketika ini.
Namun, bagi alam pekerjaan atau sebuah syarikat, ia adalah usia yang cukup matang, mantap dan berjaya.
Ada juga segelintir ahli perniagaan yang menyifatkan ia satu kejayaan sebuah syarikat francaisi. Syarikat yang sudah memiliki jenama yang kukuh pastinya mampu berdiri selesa. Hakikatnya, pendapat sedemikian bukanlah faktor tepat kepada kejayaan sesebuah syarikat. Tidak secara keseluruhannya.
Apakah McDonald's Malaysia mampu bersaing dan kekal menjadi restoran pilihan rakyat Malaysia sekiranya mereka mengabaikan kualiti hidangan, tahap kebersihan premis dan status halal bahan mentahnya?
Sebab itu Suara Lensa pernah menyiarkan beberapa artikel berhubung tahap kebersihan dan status halal bahan mentah di restoran McDonald's Malaysia sebelum ini. Pembaca boleh membuat semakan di SINI, SINI dan SINI
Selain daripada itu, antara kayu pengukur kepada kejayaan sesebuah syarikat adalah mengenai bagaimana para pekerja mereka dilahirkan.
Di McDonald's, mereka dilatih dengan cukup baik sehingga mampu membina sebuah tempat kerja yang sentiasa ceria sekalipun berada dalam tekanan di tempat kerja terutama sekali waktu puncak iaitu tengahari dan makan malam.
Laporan sekitar tahun 2013, McDonald's Malaysia telah memperuntukkan lebih 370,000 jam setahun untuk melatih para pekerjanya. Ia termasuklah melahirkan lebih 1,500 orang pekerja.
Lebih 12,000 warga tempatan bekerja di 245 restoran McDonald's seluruh negara dan memberikan khidmat mereka kepada lebih 13 juta orang pelanggan setiap bulan. Angka-angka yang disebutkan itu pastinya sudah meningkat sekarang ini.
Apa yang pasti, para pekerja ini merangkumi pelbagai latarbelakang dalam komuniti tanpa memilih bangsa, agama, umur dan kelayakan.
Sebab itu, McDonald's Malaysia pernah menerima pengiktirafan antarabangsa di peringkat Asia apabila meraih anugerah “Best Companies to Work For in 2013” - satu anugerah yang cukup membanggakan!
No comments:
Post a Comment