AdSense

Sunday, March 27, 2016

CERITA LEBAT- Intergriti DAP kini terhakis dengan skandal banglo #NoSwimmingPool ?


Sekiranya anda merasakan kerajaan yang dipimpin parti-parti alternatif selain Barisan Nasional lebih berintergriti dan demokrasi, anda silap!


Sebelum ini masyarakat melihat negeri Pulau Pinang yang diperintah kerajaan DAP sebagai sebuah pentadbiran yang cekap dan amanah.

Teringat kata-kata seorang kenalan penulis yang ketika ini sedang berkhidmat sebagai pegawai tadbir di dalam sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, sekalipun Pulau Pinang yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu diketuai DAP, namun cara kerja mereka adalah dikagumi.

Setiap kali hendak melakukan apa-apa acara rasmi misalnya, 1-2 orang pegawai atasan akan dipertanggungjawabkan untuk memantau secara terperinci. Dari persiapan acara sehingga tamat majlis.

Kata-kata ini seakan-akan mahu menceritakan betapa tegasnya kerajaan negeri dalam hal-hal pentadbiran mereka sekaligus mengecilkan kejadian-kejadian jenayah terutama sekali melibatkan salahlaku rasuah.

Cukup bangga sekali rakan penulis itu bercerita tentang suasana kerja dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang. Suasana yang disifatkan berbeza ketika beliau berkhidmat dalam organisasi sama pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Namun yang demikian, kesungguhan mereka (DAP) dalam mengamalkan pentadbiran yang kononnya berintergriti tinggi kini terhakis dengan skandal banglo tanpa kolam renang di Jalan Pinhorn.

Isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat itu dilihat sukar ditepis oleh tentera-tentera DAP. Bagaimana mahu memadamkan hansard Parlimen? Ia pastinya akan kekal tersimpan di dewan mulia Parlimen.

Sejak isu tersebut dibangkitkan, penulis cuba mencari maklumat-maklumat terutama sekali mengenai kenyataan-kenyataan pemimpin berkenaan. Namun penulis gagal menemukan kenyataan yang matang atau profesional melainkan kenyataan-kenyataan bersifat cubaan 'melarikan diri'. Sehinggakan wartawan juga pernah dibiarkan terkapai-kapai apabila soalan yang diajukan tidak disambut dengan baik.

27 Mac 2016

Begitu juga dengan laman-laman portal atau lidah rasmi, mereka (DAP) gagal menyiarkan artikel-artikel yang cenderung mengamalkan prinsip demokrasi serta adil.

Kata orang, bila kena pada batang sendiri... diam membisu - hidungnya gatal tapi dibiarkan saja tanpa digaru.

Dulu dialah hero dalam memperjuangkan isu-isu rakyat sampaikan kerajaan Barisan Nasional yang sekian lama mentadbir negara dengan jayanya digelar kerajaan rasuah?


Hari ini, mereka (DAP) seakan-akan malu untuk melaungan semangat intergriti dan demokrasi serta adil yang pernah menjadi 'roh' perjuangan mereka menentang parti lawan.

Skandal banglo ini pastinya satu isu yang menarik. Apatah lagi kejadian seakan serupa pernah berlaku di Selangor membabitkan bekas menteri besarnya.

Dalam pengalaman penulis ketika mengikuti beberapa perbicaraan kes di mahkamah, arkib-arkib dalam keputusan-keputusan mahkamah terdahulu diangkat menjadi rujukan dan panduan.

Apa-apa pun, rakyat sewajarnya tidak mahu melepaskan isu sebegini sewenang-wenangnya. Jika dahulu kes bekas menteri besar Selangor didendangkan dari Subuh sampai Subuh dalam tempoh yang panjang, kenapa tidak pada negeri yang 'berintergriti' tinggi seperti Pulau Pinang?

*Anda seharusnya simpan kata-kata kekunci seperti:
1. Ms P
2. 6 juta kepada 2.8 juta
3. #NoSwimmingPool

No comments:

Post a Comment