Biasa kita dengar, pemandu yang didapati bersalah melanggar undang-undang jalanraya akan dikenakan hukuman denda, kompaun dan seumpamanya.
Kini, Malaysia mungkin akan memperkenalkan pula insentif atau habuan buat pemandu yang berhemah iaitu pada mereka yang tidak melanggar peraturan jalanraya.
Dalam masa sama kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, sistem pemberian mata demerit jalanraya (Kejara) turut diperkemas dan ditambahbaik.
Berbalik kepada insentif kepada pemandu berhemah, ia membolehkan para pemandu yang tidak melanggar peraturan akan dapat kelebihan seperti memperoleh premium insurans yang lebih baik.
Katakanlah, dalam tempoh satu tahun itu, pemandu terbabit tidak melanggar peraturan maka lesennya akan dinaikkan menjadi kategori 'emas'. Sementara jika tidak melanggar peraturan bagi tempoh dua tahun pula akan tergolong dalam kategori 'platinum'.
Apabila lesen dikategorikan mengikut 'kelakuan' para pemandu, syarikat insurans pula akan memberi premium yang lebih baik kepada mereka.
Namun, ini baru dalam proses cadangan dan penelitian. Mungkin juga akan dilaksanakan pada tahun ini, sama dengan penguatkuasaan semula Kejara.
Apa pendapat anda?
Atau anda mempunyai cadangan yang lebih baik dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
Usah hanya nampak 'garang' di laman sosial dengan komen-komen mengkritik, sebaliknya kemukakan cadangan anda kepada pihak Kementerian Pengangkutan sebelum ia ditutup bulan hadapan.
Saya setuju dengan cadangan bahawa mana mana pemandu di Malaysia mendapat pulangan samada ketika memperbaharui lesen kenderaan. Ini adalah kerana tidak semua yang berlesen mempunyai kenderaan. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan, mereka di beri premium yang lebih baik.
ReplyDelete