AdSense

Monday, February 29, 2016

Kritikan berbangkit : SPAD beri penjelasan


Buatlah macam mana kebaikan sekalipun, pasti ada yang akan mengkritiknya. Samada ia suatu kritikan yang membina atau sebaliknya.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak terkecuali dengan kritikan-kritikan sedemikian. Tidak dinafikan, ada sesetengah kritikan itu yang membawa kebaikan namun tidak kurang juga kritikan yang hanya wujud akibat perasaan iri hati serta hasad dengki bagi tujuan memburuk-burukkan organisasi SPAD.


Sepertimana kritikan yang diutarakan menerusi akhbar tempatan berbahasa Inggeris. Kritikan yang kononnya lahir daripada seorang pengguna perkhidmatan bas, memalitkan permasalahannya kepada SPAD.

Seolah-olah 'dia' mewakili majoriti pengguna pengangkutan awam di negara ini.

SPAD dituduh tidak menjalankan tanggungjawab dengan berkesan berhubung perkhidmatan bas dalam negara.

Namun yang demikian, SPAD terpanggil untuk menjawab segala kritikan yang dilemparkan dengan tenang dan istiqomah. Mungkin si penulis yang dikenali dengan nama 'Public Transport User' itu kurang membaca ataupun diumpamakan seperti 1 kes dalam 10.


Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai penukaran operasi bas ekspres.

Kata SPAD, keputusan menempatkan operasi bas ekspres dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) adalah melibatkan ramai pihak berkepentingan. Ini termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Urban Development Authority (UDA) dan operator bas.

Sebenarnya, SPAD sendiri sudahpun menyebarluaskan tentang pemindahan tersebut. Segala medium yang ada digunakan baik media massa, media sosial, notis makluman di stesen-stesen komuter bahkan turut menampal poster dan kain rentang atau 'banner'.

Oh ya, kami di Suara Lensa juga ada menyiarkan mengenai pemindahan lokasi ini, KLIK DI SINI

Isu kedua yang dibangkitkan semula adalah mengenai  Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR).

Sebenarnya, BNR bertujuan memberi keselesaan buat pengguna pengangkutan awam. Ia sememangnya berupa mencapai hasrat berkenaan. Suara Lensa juga hairan, apa yang masih tidak kena dimata pengkritik seperti 'Public Transport User' ini?

DI SINI juga ada maklumat mengenai BNR.

Kesimpulannya, bukanlah tidak boleh mengkritik... Cuma pastikan ia kritikan yang membina. Usah lagi mengkritik dengan tujuan memburuk-burukkan atau memperlekehkan usaha yang dijalankan.

Orang ramai yang ingin membuat aduan atau sebarang pertanyaan boleh sahaja menghubungi pihak SPAD secara terus menerusi talian 1-800-88-SPAD (7723) atau emel ke aduan@spad.gov.my atau kunjungi laman Twitter @aduanSPAD.

No comments:

Post a Comment