AdSense

Tuesday, January 12, 2016

Siapa yang pandai-pandai sebar berita palsu pasal penamatan khidmat kakitangan awam ni???


Kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan awam berstatus kontrak pada Disember 2016 seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menegaskan, berita mengenai perkara itu adalah palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Beliau mengulas laporan dalam sebuah portal berita yang mendedahkan bahawa kakitangan awam yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya bermula Disember 2016.

Sumber berita tersebut mendedahkan, perkara tersebut diketahui selepas menghadiri satu mesyuarat. - Utusan Online

No comments:

Post a Comment