AdSense

Tuesday, January 12, 2016

Cuba kira, berapa kali UMNO diseru DAP?


Peristiwa menyayat hati yang sebenar adalah berkenaan percakaran melibatkan DAP bersama PAS. Perebutan kerusi yang bermula sejak gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga berlanjutan gabungan baharu yang diberi nama Pakatan Harapan.

Kerusi-kerusi di negeri yang dimenangi mereka menjadi tajuk utama, menjelang PRU14. 'Si bulan' tempah kerusi sebanyak ini... 'Roket' pula sebanyak sekian... 'Mata Satu' tuntut jumlah ini... dan jemaah Islam Liberal yang diberi jolokan 'si Oren Mandarin' pula mahukan kuantiti yang sekian...


Permainan perebutan kerusi dan menonjolkan kekuatan masing-masing sudah mula dibangkitkan menjadi hiburan masyarakat yang juga pengundi. Tidak lama lagi akan muncul pula politik versi tagih simpati.

Pada kebiasaannya, versi menagih simpati ini mungkin akan dipraktikkan pada PRU14 akan datang - Berdasarkan kepada watak sama yang masih berada dalam gelanggang...

Tidak boleh berkempen guna logo parti, terpaksa pula tumpang parti sekutu... Oh! Romantis sungguh suasana ketika itu.... siap jatuh titis-titis air mata jantan seorang tokoh terulung.


Namun sebelum itu, mereka dikalangan pembangkang masih mencuba menyorokkan perpecahan gabungan mereka. Sambil menyorok, mereka konsisten untuk menyerang parti lawan. Dalam hal ini, parti pemerintah UMNO / Barisan Nasional menjadi sasaran utama.

Kona kiri kona kanan, pembangkang terutama sekali DAP dan PKR pasti lebih cenderung menuding jari kepada pihak lain berhubung sesuatu perkara negatif.

Sedia maklum, Pakatan Rakyat dibubarkan akibat kesombongan pemimpin dikalangan anggota parti. Namun, parti lawan pula dipersalahkan. Menarik bukan, jiran pula dipersalahkan kerana dikatakan menjadi penyebab perkahwinan mereka bercerai.

Ya, DAP dan PKR kelihatan menguasai permainan ini apabila lidah-lidah rasmi mereka cukup teruja menyiarkan tulisan menyalahkan orang lain atau menuding jari.

Masih ingat? suatu ketika dahulu masyarakat berjenaka dengan mengatakan bahawa tayar basikal pancit juga adalah salah UMNO BN. Semuanya salah UMNO. Gabungan yang berkahwin dan kemudiannya bercerai juga merupakan salah UMNO BN.

Mudahnya mereka melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya diambil perhatian oleh sebuah parti politik, bukannya dengan menyalahkan orang lain atau menggunakan nama pihak lain untuk meraih populariti.

*Untuk makluman pembaca muda yang baharu daftar pengundi, parti PAS sebelum ini tidak boleh dengar langsung nama DAP. Begitu juga dengan DAP. Namun kedua-dua parti ini bergabung bersama satu lagi parti iaitu PKR

Kegagalan parti pembangkang membentuk gabungan mantap, bermula sebagai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 hingga 2004 diikuti penubuhan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 dan berakhir pada 2015, dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjadi iktibar kepada pembangkang untuk memperkukuhkan kerjasama politik menerusi platform baharu iaitu Pakatan Harapan.

Selepas PAS dihalau, diganti pula dengan parti Amanah yang diketuai bekas orang no 2 PAS, Mat Sabu. Sekalipun nama baharu diwujudkan dalam arena politik Malaysia, parti pembangkang ini terutama sekali DAP tidak pernah kering lidah menyeru nama parti UMNO.

Sehingga terlupa kepada lain-lain jari yang menunjuk ke arah diri sendiri....

No comments:

Post a Comment