Ketika zaman sekolah, penulis cukup fobia pada sejenis minuman coklat di dalam kotak.
Perasaan fobia ini wujud selepas berlaku beberapa insiden yang tidak dapat penulis lupakan sampai bila-bila.
Pada kejadian itu, sekolah penulis (sekolah rendah) didatangi sebuah syarikat dengan membawa beberapa buah lori diisi penuh dengan minuman coklat dalam kotak.
Sedia maklum, pada ketika itu kanak-kanak disarankan supaya mendapatkan minuman yang berkhasiat untuk kesihatan dan tumbesaran.
Namun, dalam keghairahan mendapatkan minuman percuma, beberapa orang rakan penulis terkena keracunan makanan akibat daripada meminum minuman tersebut.
Malah pernah juga berlaku, 'kehadiran' objek yang tidak diundang seperti cacing dan ulat di dalam minuman tersebut!
Kejadian-kejadian seumpama itu menyebabkan penulis berasa takut untuk membeli minuman dalam kotak, terutamanya yang mengandungi susu.
Lantaran itu, apa yang penulis cuba gambarkan dalam penulisan ini adalah mengenai kebersihan dalam pemakanan kita setiap hari.
Begitu banyak kempen diadakan semata-mata memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai betapa pentingnya aspek kebersihan dalam kehidupan kita terutama sekali melibatkan soal pemakanan.
Menyebut tentang kebersihan dalam pemakanan, beberapa pakar dan penganalisis seperti John B. Knigth & Lendal (1989), menyatakan bahawa orang yang mengendalikan makanan perlu memegang nilai kebersihan diri yang tinggi supaya tidak mengotorkan makanan.
Sementara Alexis Sover (1858) dalam 'Advanced Practical Cookery. London : Holder & Stouhton' pula berpendapat bahawa kebersihan merupakan roh bagi sesebuah dapur. Ini membawa maksud bahawa selain menjaga kebersihan diri, kebersihan tempat bekerja seperti dapur, meja tempat penyediaan makanan dan sinki perlu diberi perhatian.
Baik, cuba perhatikan sekeliling anda dan tempat-tempat yang kerap anda kunjungi untuk menjamu selera. Adakah ia meliputi aspek kebersihan sepertimana pandangan dua orang pakar di atas?
Jangan ada yang anggap ia sekadar pendapat orang barat. Walhal jika pembaca beragama Islam sudah tentu menyedari bahawa aspek kebersihan ini cukup dititik beratkan dalam Islam.
Bersandarkan kepada itu, restoran terkenal seperti McDonald's misalnya, telah lama menubuhkan satu organisasi bagi tujuan penilaian kualiti yang berkhidmat dalam kerja-kerja luar. Ia juga dikenali sebagai pakar pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) termasuk kawalan dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Organisasi ini akan menjalankan penilaian secara berterusan di setiap premis restoran McDonald's di seluruh Malaysia.
Aktiviti ini pada dasarnya tidak diketahui umum. Namun ia ternyata terbukti berkesan apabila restoran McDonald's di seluruh negara mencapai tahap kebersihan yang memuaskan.
Tidak perlu penulis huraikan bagaimana bersihnya restoran McDonald's, anda boleh membuktikannya sendiri dengan berkunjung ke mana-mana restoran McDonald's Malaysia. Penulis yakin, anda pasti bersetuju dengan penulisan ini.
Benar kata orang, belajar daripada pengalaman.
Pengalaman keracunan makanan telah memberi mesej kekal dalam memori penulis. Sebab itu apa jua soal pemakanan kini menjadi perkara penting dalam hidup penulis. Bukan sahaja sijil halal, tetapi premis dan restoran yang memiliki pelekat Kategori A atau setidak-tidaknya Kategori B juga menjadi keutamaan bagi penulis untuk menjamu selera di luar.
Anda pasti meminati artikel ini :
Ketahui bahan mentah di restoran McDonald's
Kenapa perlu boikot restoran yang ada sijil halal dan bersih?
No comments:
Post a Comment