AdSense

Thursday, January 7, 2016

Azam FGV tahun 2016


Anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa mereka sudah bersedia menghadapi tahun baharu 2016. Ia dapat dibuktikan dengan perancangan-perancangan awal yang dilaksanakan sejak tahun 2015 lagi. Segala perancangan yang dibuat FGV antara lain bertujuan menghadapi cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu.

Sedia maklum, tahun 2015 yang baharu sahaja berlalu meninggalkan sedikit kesan 'luka' kepada kebanyakkan syarikat-syarikat baik dalam mahupun luarnegara. Kelembapan ekonomi dunia merupakan faktor utama kepada kesukaran syarikat-syarikat mempertahankan organisasi masing-masing.




Para penganalisis saham bagaimanapun menjangkakan FGV bakal peroleh keuntungan pada angka sekitar RM178.9 juta bagi tempoh berakhir tahun 2015.

Bagi FGV, mereka menghadapi kesukaran tersebut dengan tenang apabila mengambil langkah meminimakan kecenderungan kerugian sebaik mungkin.

Kata Presiden yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, pihaknya berhasrat memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti tambah nilai dalam perniagaan hiliran (downstream) - terasing daripada harga komoditi.

Ia termasuklah mentransformasikan barangan terpakai dari bahan 'methane' kepada 'resins'.


Jelas Mohd Emir, industri komoditi adalah sektor pusingan dan ulangan sekaligus menjadikan FGV kekal teguh serta berupaya mempelbagaikan asas pendapatannya.

Dalam perkembangan sama, FGV meramalkan harga CPO (Crude Palm Oil) akan didagangkan dengan tinggi pada tahun 2016 ini berikutan peningkatan permintaan diperingkat global.

Selain daripada itu, FGV juga bersemangat menyusuri tahun-tahun kehadapan bersama rancangan transformasi 5 tahun bagi sasaran meraih keuntungan sehingga RM100 bilion menjelang tahun 2020.

No comments:

Post a Comment