AdSense

Saturday, January 9, 2016

#Bauksit : Percaya pada Tuhan... Kau buat baik atau jahat, pasti ada bahagian masing-masing


Sebenarnya kita tak perlu nak bertindak keterlaluan dalam sesuatu perkara..
Tak usah menjadi 'Detective Conan' sekiranya anda adalah seorang 'Sin Chan'.

Biarkan Detective Conan menyiasat, dan anda pergi ke sekolah menuntut ilmu seperti Sin Chan serta menikmati kehidupan bersama rakan-rakan yang lain.


Dalam kes bauksit di Kuantan, cukup sekadar laporan-laporan yang pernah dilakukan oleh beberapa pihak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pihak SPRM sememangnya satu badan bebas yang akan mengambil perhatian terhadap apa jua isu atau kes yang melibatkan kesalahan dibawah perundangannya.

Detective Conan mampu menyelesaikan sesuatu kes dalam masa hanya 30 minit. Ini kerana slot tayangan drama animasi ini sudah ditetapkan oleh stesen televisyen atau pihak produksi terbabit.

Berbeza dengan SPRM... Setiap laporan yang diterima, memerlukan masa untuk mereka (SPRM) menjalankan semakan / siasatan. Bukan hari ini lapor, seminit kemudian dapat tangkap orang! Bukan semudah itu tugas badan-badan penguatkuasa. Mesti kena ada risikan dan sebagainya...

Kalau tangkap orang sembarangan, pasti ada 'peguam-peguam' diluar sana yang tumbuh bagai cendawan untuk menjadi hero pembela.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, pihak SPRM telahpun menahan dua lagi individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perlombongan bauksit haram di Kuantan, Pahang.

Kedua-dua suspek yang merupakan orang awam ditahan di Kuantan petang ini dan dipercayai berperanan sebagai ‘orang tengah’ dalam kegiatan tersebut.

Penahanan itu tidak melibatkan rampasan wang dan SPRM dijangka mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek esok.


Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sementara itu, sumber memberitahu, SPRM kini sedang mengesan lima individu termasuk pegawai atasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, turut termasuk dalam senarai individu yang sedang dikesan ialah pegawai kanan syarikat perlombongan bauksit yang terlibat.

Ujarnya, maklumat daripada kesemua individu berkenaan akan membantu SPRM untuk memberkas pihak yang terlibat dalam kegiatan rasuah melibatkan isu bauksit.

“SPRM memang akan membuat beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat ini dan memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” kata sumber itu.

Semalam, empat pegawai penguat kuasa PTG negeri ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada pelombong bauksit haram bernilai lebih RM100,000.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 38 tahun itu ditahan di rumah masing-masing pada pukul 6 petang hingga 9 malam bersama wang suapan ditemukan di dalam sebuah mesin basuh di rumah salah seorang daripada mereka yang merupakan pegawai kanan.

Sebelum itu, SPRM mengesahkan wujud unsur rasuah dalam aktiviti perlombongan bauksit di negeri ini yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment