AdSense

Friday, December 18, 2015

Turun padang : Acara wajib Pengerusi SPAD



Kesungguhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usahanya menambahbaik sistem pengangkutan awam darat dapat dibuktikan apabila mereka kerap melakukan aktiviti turun padang.

Bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai tetapi juga mendapat perhatian dikalangan pimpinan tertinggi dalam SPAD.


Pada kebiasaannya, siri menjengah ke lapangan ini jarang sekali dihebahkan kepada pengetahuan pihak media.

Terbaharu, penulis hanya mendapat tahu mengenai aktiviti turun padang yang turut disertai Pengerusinya Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar melalui akaun Facebook peribadi miliknya.

Melihat pada beberapa keping gambar tersebut, kelihatan kesungguhan Syed Hamid yang mengepalai SPAD ke arah penambahbaikan pengangkutan awam darat dibuat secara penuh komitmen dan menyeluruh.

Syed Hamid bersama beberapa pegawai daripada SPAD dan turut kelihatan Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad mengadakan lawatan ke lapangan pada 15 Disember baru-baru ini bagi melihat sendiri kelangsungan rangkaian perkhidmatan bas.

Sedia maklum, SPAD sebelum ini mengumumkan Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR). Buat pembaca yang terlepas membaca artikel atau tidak faham secara jelas berkaitan BNR, KLIK DI SINI

Sambil menyelam minum air

Acara turun padang yang dilakukan SPAD ini bukan sekadar lawatan semata-mata. Tetapi dalam masa sama pemimpin berpengalaman luas seperti Syed Hamid ini turut mendapatkan maklum balas secara terus daripada pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan awam darat. Ini termasuklah seperti pemandu bas, penumpang dan pemandu teksi.


Sejujurnya, aktiviti turun padang yang dilakukan oleh Syed Hamid bersama SPAD ini membuktikan kesungguhan organisasi kerajaan dalam merealisasikan cita-cita membangunkan pengangkutan awam darat di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment