AdSense

Friday, December 18, 2015

Respon Menteri Pengangkutan terhadap BNR


Awal bulan ini, kita menyaksikan berlakunya Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) yang lebih efektif. Ia merupakan penambahbaikan perkara-perkara melibatkan pengangkutan awam bas henti-henti.

Setelah lebih 2 minggu BNR dijalankan, ia ternyata membawa perkhabaran positif daripada pelbagai pihak.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menyentuh tentang perlaksanaan BNR ini menyifatkan ia sebagai bukti usaha kerajaan dalam menambahbaik dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam negara.

Mensejahterakan kehidupan rakyat merupakan antara fokus utama kerajaan ketika ini. Memantapkan kemudahan-kemudahan seperti pengangkutan awam adalah antara nikmat yang dicita-citakan rakyat.

Sehubungan itu Tiong Lai berasa yakin dengan meletakkan angka sehingga 500 ribu orang pengguna pengangkutan awam dapat disasarkan untuk operasi pada waktu pagi setiap hari.

Sememangnya harapan Tiong Lai itu mampu dicapai apabila jalinan usahasama dapat diteruskan secara padu bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Untuk makluman pembaca, dalam BNR ini, secara keseluruhannya, jarak perjalanan dapat diperluaskan daripada 7,643KM kepada 9,202KM. Di samping itu BNR turut memendekkan tempoh kekerapan bas daripada 120 minit kepada 30 minit.

Syukur...

No comments:

Post a Comment