AdSense

Thursday, December 10, 2015

PWTC Kecoh - Apa yang hendak dikecohkan?


Aku tak terkejut pun dengan kekecohan yang berlaku siang tadi di PWTC. Pertelingkahan, herdik mengherdik, pekik memekik, hina menghina dan jerita-jeritan suara garau laki-laki.

Budaya ini pada kebiasaannya kita hanya dapat lihat di dalam himpunan parti pembangkang. Aku sendiri pernah hadir di beberapa tempat antaranya Konvensyen PKR, DAP dan Muktamar PAS.

Ketiga-tiga parti besar dalam gabungan pembangkang ini bagaimanapun lebih 'kecoh' daripada apa yang berlaku di PWTC siang tadi.

Semua orang maklum, budaya caci mencaci, maki hamun ini hanya diamalkan parti pembangkang, bukannya parti yang terkenal dengan nama 'parti keramat' seperti UMNO.

Sebuah parti yang mendokong perjuangan Alif, Ba, Ta - penuh dengan peradaban tinggi orang Melayu.

Namun, siang tadi menjadi 'kecoh' apabila peradaban orang Melayu menjadi seperti bukan orang Melayu. Para penyokong A 'bertembung' dengan penyokong B, C, D, E, F sehingga Z...

Menjadikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 kali ini tampak panas dengan budaya pakatan pembangkang.

Apabila difikirkan sejenak, petang tadi pemimpin A bersua muka dengan pemimpin B. Begitu juga apabila pemimpin B bertemu C dalam dewan sayap-sayap. Alangkah baiknya jika lensa kamera dapat merakamkan aksi 'kecoh' antara pemimpin A dengan pemimpin B atau C atau sampai Z sekalipun, sebagaimana aksi 'kecoh' penyokongnya.

Sumber gambar BH Online, 9 Dis 2015, 9.17pm

Akan tetapi ianya tidak berlaku. Kerana pemimpin-pemimpin ini kelihatan lebih rasional dan profesional. Sekalipun berbeda pandangan namun masih boleh duduk sebelah menyebelah. Nampak gayanya, cita-cita sesetengah pihak yang mahukan berlakunya pemecatan di dalam parti UMNO tidak menjadi.

Ini kerana mesyuarat MT pada malam tadi yang dihadiri pemimpin A-Z hanya memberi fokus pada perlaksanaan PAU2015. Ada pihak yang ketika ini sedang hampa dengan menepuk dahi dan menghantukkan kepala ke dinding apabila organisasi dalam UMNO masih gagal dipecahkan.

Dalam masa sama, aku masih tertanya-tanya, bagaimana budaya parti pembangkang boleh meresap ke dalam bangunan PWTC hari ini? Apakah baju kuning Bersih sudah mula dipasarkan secara halal di dalam menara Merah? 

No comments:

Post a Comment