AdSense

Thursday, December 10, 2015

'Gempak Keluarga Felda' beri impak buat generasi usahawan


Program 'Gempak Keluarga Felda' terus memberi impak buat warga Felda secara keseluruhannya.

Komuniti Felda khususnya para usahawan generasi Felda pastinya berasa terbela apabila keringat mereka dapat diketengahkan secara lebih serius di dalam industri masing-masing.

Produk-produk mereka terus diangkat dan diperkenalkan ke bandar-bandar utama seluruh negara.


Jadi, adalah satu kewajaran untuk program ini diteruskan pada masa akan datang. Demikian hasrat kumpulan Gen Y, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Segamat yang memberi maklum balas terhadap usaha yang dianjurkan menerusi program Gempak Keluarga Felda.

Program yang mula memasuki kawasan dalam Wilayah Segamat baru-baru ini sekaligus memberi ruang dan peluang kepada komuniti Felda di wilayah berkenaan untuk turut menikmati program yang sama dianjurkan dikawasan bandar-bandar besar.


Gempak Keluarga Felda bagi Wilayah Segamat ini diadakan di Felda Palong Timur. Ia dirasmikan sendiri oleh Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Untuk makluman pembaca, program jelajah anjuran bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings, Yayasan Felda dan Astro Malaysia Holdings ini mula diadakan bermula Ogos 2015.

Sebanyak 10 wilayah disasarkan menjadi lokasi penganjuran dengan Wilayah Alor Setar sebagai pembuka tirai program. Antara wilayah lain adalah seperti Felda Wilayah Terengganu; Felda Wilayah Trolak, Perak; Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan dan Felda Wilayah Kuantan, Pahang.

No comments:

Post a Comment