AdSense

Wednesday, November 25, 2015

Tiba giliran D'Belda tembus pasaran


Dahulu kita hanya mengetahui bahawa FELDA merupakan organisasi yang memberi tumpuan kepada bidang pertanian melibatkan getah dan sawit.

Kita juga cukup sinonim dengan jenama D'Saji yang menumpukan bidang penyediaan makanan termasuk jenama-jenama FELDA dalam perhotelan.

Kini, FELDA juga merupakan satu organisasi yang terus melakar nama dalam bidang berkaitan ekonomi dengan menghasilkan produk-produk keluaran untuk dipasarkan.


Ini dapat dibuktikan apabila FELDA menerusi Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Bhd (MBFM) sedang giat memasarkan produk pencuci mesra alam - D'Belda.

Mungkin ramai yang sedikit keliru antara D'Belda dengan Belda. Untuk makluman, Belda adalah jenama beras yang juga merupakan keluaran MBFM. Ia merupakan jalinan kerjasama dengan Agrotech Bistari sambil menyasarkan pengeluaran 50,000 kampit sebulan.

Berbalik semula kepada produk pencuci D'Belda, ia dihasilkan dengan menggunakan teknologi hijau daripada sumber boleh diperbaharui secara organik serta bebas bahan kimia berbahaya.

MBFM menyasarkan jualan sehingga 48 juta liter D'Belda menjelang tahun 2017 kepada semua agensi seliaan FELDA di seluruh negara.

Selepas memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bersama Microclear Sdn Bhd selaku pengeluar dan pengilang, produk D'Felda ini juga diyakini dapat menembusi pasaran luarnegara dan menjadikan Asia Barat sebagai potensi utama.

Produk D'Belda ini mendapat pengiktirafan daripada SIRIM Berhad (SIRIM) dan Standards Malaysia bahkan sesuai digunakan dalam pelbagai industri seperti minyak kelapa sawit, minyak dan gas, automotif, perhotelan, restoran dan produk kegunaan harian di rumah.

FELDA hebat!

1 comment:

  1. kita harap juga felda akan pergi sector ekonomi berkaitan bahan binaan seperti batu bata, simen,pasir,, besi, dan lain lain untuk membantu kontraktor kecil melayu...semoga Berjaya..

    ReplyDelete