AdSense

Friday, November 27, 2015

Sebilangan kecil pemandu teksi masuk perangkap parti pembangkang


Parti pembangkang di Malaysia ini cukup taksub pada himpunan jalanan. Bila sebut pasal himpunan jalanan ini, maka angka kehadiran peserta merupakan tajuk utama.

Begitu juga dalam penganjuran ceramah-ceramah yang dianjurkan. Pemimpin-pemimpin besar tidak akan 'keluar' ke pentas ceramah sekiranya audiens yang hadir tidak mencapai sasaran yang diharapkan.

Maka alasan seperti 'perubahan jadual saat akhir' akan digunakan. Apabila pemimpin besar ini 'tidak muncul' di pentas, maka ia akan menjadi alasan kepada angka audiens.

"Tak ramai orang datang sebab 'pemimpin utama' ada hal di tempat lain," ayat biasa yang dinyatakan pihak penganjur.


Sementara jika audiens yang diharapkan mencapai sasaran atau setidak-tidaknya 50 peratus kehadiran....

Mereka pastinya akan menggunakan masa sebaik mungkin untuk memekik dan melolong... Menaikkan sepanduk dan merakamkan gambar.

Sedangkan, setiap perhimpunan yang dianjurkan sepatutnya lahir bersama tuntutan yang munasabah.

Merujuk pada himpunan jalanan yang diadakan baru-baru ini, melibatkan sebilangan kecil pemandu teksi di hadapan bangunan Parlimen pada 18 November 2015.

Kelihatan sepanduk yang dibawa tertera tulisan mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya meletak jawatan. Selain itu kumpulan kecil ini juga mendesak agar SPAD dirombak.

Terbukti kumpulan kecil yang tidak sampai 10 peratus daripada majoriti pemandu teksi seluruh negara ini terperangkap di dalam permainan politik pembangkang. Sedia maklum protes jalanan tersebut diadakan pada hari penganjuran Sidang Kemuncak Asean kali ke 27. Ramai pemimpin dan delegasi luarnegara bertandang ke Malaysia selaku tuan rumah.

Suasana ini digunakan sebaik mungkin oleh parti pembangkang untuk menonjolkan 'kekuatan' mereka.

Akibat terlalu taksub dan terperangkap didalam jerat, kumpulan kecil pemandu teksi ini terlepas pandang pada tuntutan munasabah yang sepatutnya ada dalam setiap rapat umum. Mereka lupa bahawa perlantikan Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi SPAD adalah dilakukan oleh institusi tertinggi negara.

Mereka juga sengaja menutup mata daripada memandang pelbagai usaha SPAD yang berjaya dilaksanakan sebelum ini. Pelbagai program sudah dilakukan termasuk perancangan-perancangan baharu untuk masa hadapan demi membangunkan industri teksi negara.

Bahkan ada juga tuntutan yang dibuat tidak kena pada tempatnya. Umpama mengharapkan telur emas itik di reban ayam. Soal GST, bahan api dan lain-lain tuntutan yang diluar bidang kuasa SPAD.

Sebab itu penulis menyifatkan bahawa kumpulan kecil pemandu teksi ini terperangkap di dalam permainan politik parti pembangkang.


Apa yang lebih menarik ketika perhimpunan ini ialah mengenai penyerahan tuntutan. Mereka menyerahkan memorandum kepada Presiden Parti Keadilan (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail - isteri kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini sedang merengkok di dalam penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat membabitkan bekas pemandu peribadinya.


Turut kelihatan beberapa lagi pemimpin tertinggi PKR seperti Ahli Parlimen Batu Tian Chua. Tidak cukup dengan itu, beberapa 'anak buah' DAP juga muncul sambil menyarung baju serba hitam Otai Reformis.

Untuk perhatian pembaca, memorandum berkenaan enggan diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Cukup jelas ini merupakan permainan politik pembangkang. Jika benar mahukan 'suara' mereka mendapat perhatian, sudah tentu mereka membuat tindakan mengikut saluran yang betul.

Situasi kumpulan kecil pemandu teksi ini bolehlah kita anggap seperti 'melaporkan kejadian pembunuhan kepada guru besar'. Guru besar tidak memiliki kepakaran untuk mengendalikan kes pembunuhan. Ia pada kebiasannya menjadi tanggungjawab pihak polis!

Oleh yang demikian, kumpulan kecil pemandu teksi ini sewajarnya berpijak dibumi nyata. Lihatlah sekeliling bagaimana industri teksi berjaya ditambahbaik saban hari. Keluarlah daripada kepompong politik pembangkang yang dahagakan 'crowd' peserta demonstrasi jalanan. Transform diri sendiri adalah lebih baik.

Artikel berkaitan :
SPAD dijadikan platform suara industri teksi

No comments:

Post a Comment