AdSense

Wednesday, November 4, 2015

MP Kota Tinggi : Tak sangka, taraf pemikiran pembangkang begitu rupa...


Rupa yang bagaimana?

Kata Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, pembangkang gagal menjaga intergriti dan hanya bercakap benda yang tidak membina serta isu remeh temeh ketika di dalam Dewan Rakyat. Itulah rupa mereka.

Kalau pembaca semua mengikuti persidangan Dewan Rakyat, kalian pasti bersetuju dengan kenyataan itu. Lihat saja bagaimana ahli-ahli parlimen pembangkang membahaskan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan sesuatu perbahasan.


Misalnya, perbahasan Bajet 2016... tetapi mereka bercakap tentang perkara lain yang tiada kaitan langsung dengan Bajet 2016!

Itu baru pasal apa yang berlaku di dalam Dewan... Terbaharu, mengenai tindakan desparado pembangkang berhubung penyebaran surat palsu yang bertujuan mengelirukan rakyat.

Ehsanuddin menyifatkan tindakan kumpulan Bersih berkenaan sebagai doktrin terbaharu digunakan pembangkang selepas gagal meyakinkan rakyat.

Kononnya surat tersebut datang daripada pengundi di setiap kawasan Parlimen - terutamanya kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN).  Antara isi kandungan 'surat pengundi' itu adalah mengenai usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Presiden Bersih, Maria Chin Abdullah membawa surat tersebut ke parlimen sambil di 'escort' ketat artis jalanraya Tian Chua. Ia kemudiannya menyerahkannya kepada ahli parlimen BN.

Apa yang jelas, surat yang diberikan itu adalah dalam keadaan mencurigakan. Kata Ehsanuddin, surat tersebut tidak memiliki tandatangan dan alamat!

"Pegawai-pegawai saya telah menyemak setiap surat dan mendapati kebanyakkannya palsu,"

Lebih menguatkan lagi bahawa surat tersebut adalah palsu apabila salah seorang yang dapat dihubungi mengesahkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan namanya.

Selain daripada itu, ada juga nama yang terdapat di dalam surat tersebut yang kononnya pengundi, tetapi apabila disemak di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendapati nama tersebut bukanlah pengundi di parlimen Kota Tinggi!

Memang sahlah, pembangkang sekarang ini cukup terdesak sehingga sanggup mengeluarkan surat palsu. Tepat sekali kata Ehsanuddin, mereka kini guna doktrin baharu. "Kalau tidak boleh yakinkan rakyat, kelirukan mereka."

No comments:

Post a Comment